Samsung Malaysia Electronics buka pelbagai kekosongan ~ Tawaran gaji sehingga RM13,000

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di Samsung Malaysia Electronics adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

  1. Eksekutif Rangkaian Perkhidmatan
  2. Pakar Inventori (Pengurusan Operasi Jualan)
  3. Penyelaras Pengambilan & Pembelajaran
    • Gaji: RM2,800 – RM3,500
  4. Eksekutif Pengurusan Rantaian Bekalan (Bahagian)
  5. Eksekutif Operasi (Perkhidmatan Pelanggan)
  6. Pengurus Runcit (FieldForce)
    • Gaji: RM9,000 – RM13,000
  7. Pengurus Pemasaran Produk
  8. Penolong Pengurus, Perolehan
  9. Penolong Pengurus Pemasaran Perdagangan
  10. Eksekutif Sokongan Perniagaan (Penganalisis Data)
  11. Internship untuk Pelajar Jualan & Pemasaran
  12. Internship untuk Pelajar Kejuruteraan Mekanikal

 

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Diploma hingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan
  • Memiliki pengalaman bagi jawatan tertentu mengikut syarat khusus jawatan

*Untuk syarat-syarat kelayakan terperinci setiap jawatan, KLIK SINI

Cara memohon

Bagi yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh dirujuk DI SINI. Permohonan juga boleh dibuat di laman sama dengan klik pada ‘Apply Now’.

Calon bagaimanapun perlu mendaftar dahulu di portal berkenaan dengan memberikan butiran diri, pendidikan, pengalaman dan sebagainya dengan lengkap serta tepat.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…