e-wallet

Selain e-Wallet Madani, ini cara memohon bantuan e-Wallet RM300 yang dikreditkan setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan eMadani sebanyak RM100 yang diberikan kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas yang mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Dalam masa sama, sebenarnya terdapat sebuah lagi bantuan e-Wallet yang ada dan ia dikenali sebagai BINGKAS.  Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan eWallet yang diperkenalkan ini: –

Bantuan e-Wallet RM300

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah bantuan berbentuk e-Wallet yang dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).

Bantuan ini diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan dan menyemarakkan kecekalan keluarga supaya kurang terdedah kepada cabaran ekonomi.

Kadar BINGKAS adalah sebanyak RM300 setiap bulan dan ia boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan harian di pasaraya berdaftar secara tanpa tunai (cashless).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan BINGKAS boleh dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem Pendaftaran BINGKAS.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan);
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

 

Maklumat lengkap tentang BINGKAS boleh dirujuk Portal Rasminya DI SINI dan pendaftaran secara atas talian boleh dikemukakan DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dinanti-nantikan, termasuk di Malaysia. Ia bukan sahaja menandakan berakhirnya bulan Ramadan, tetapi juga menjadi…
Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…
Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah terendah. Kategori ini ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Median…