Selain i-Sinar dan i-Citra: Ini pengeluaran-pengeluaran lain yang boleh dibuat di KWSP

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pada tahun lalu pihak kerajaan telah membenarkan penyimpan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran wang mereka melalui i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra.

Bagaimanapun, sebenarnya terdapat pelbagai lagi pengeluaran KWSP yang boleh dibuat oleh para ahlinya, bagi pelbagai tujuan. Berikut adalah antara senarainya: –

1. Beli Rumah dan Bina Rumah

Untuk membeli rumah pertama dan kedua, para ahli KWSP dibenarkan membuat pengeluaran wang dari Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah tersebut.

Manakala, untuk mereka yang ingin membina rumah impian juga dibenarkan membuat pengeluaran dari Akaun 2 KWSP masing-masing. Pengeluaran ini terbuka bagi tujuan membina rumah dengan pembelian tanah atau membina rumah di atas tanah yang dimiliki.

2. Mengurang atau Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Bagi mempercepatkan pemilikan rumah, pencarum boleh membuat pengeluaran wang dari Akaun 2. Terdapat dua kategori pengeluran bagi tujuan ini iaitu pengeluaran individu dan pengeluaran bersama dengan pasangan atau ahli keluarga.

3. Pendidikan

Para ahli KWSP boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Pembayaran pinjaman pendidikan juga boleh dibuat untuk institusi-institusi seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Negeri, Yayasan Pendidikan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sebagainya.

4. Menunaikan Haji

Kepada mereka yang berhasrat untuk menunaikan haji di Kota Suci Mekah, mereka boleh mengeluarkan simpanan di Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) untuk perbelanjaan. Perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun LTH ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000 atau baki Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah).

5. Kesihatan

KWSP juga membenarkan para ahlinya yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan untuk rawatan kesuburan.

Antara penyakit kritikal yang dilindungi adalah:

  • Kanser;
  • Sistem Kardiovaskular;
  • Gastroenterologi/Hepatologi;
  • Sistem saraf;
  • Sistem Pernafasan;
  • Penyakit kanak-kanak di bawah 16 tahun

*Senarai penuh penyakit kritikal, rujuk – DI SINI.

Bagi maklumat lengkap dan terperinci lagi berkenaan pengeluaran KWSP, boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…