Selain i-Sinar dan i-Citra: Ini pengeluaran-pengeluaran lain yang boleh dibuat di KWSP

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pada tahun lalu pihak kerajaan telah membenarkan penyimpan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran wang mereka melalui i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra.

Bagaimanapun, sebenarnya terdapat pelbagai lagi pengeluaran KWSP yang boleh dibuat oleh para ahlinya, bagi pelbagai tujuan. Berikut adalah antara senarainya: –

1. Beli Rumah dan Bina Rumah

Untuk membeli rumah pertama dan kedua, para ahli KWSP dibenarkan membuat pengeluaran wang dari Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah tersebut.

Manakala, untuk mereka yang ingin membina rumah impian juga dibenarkan membuat pengeluaran dari Akaun 2 KWSP masing-masing. Pengeluaran ini terbuka bagi tujuan membina rumah dengan pembelian tanah atau membina rumah di atas tanah yang dimiliki.

2. Mengurang atau Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Bagi mempercepatkan pemilikan rumah, pencarum boleh membuat pengeluaran wang dari Akaun 2. Terdapat dua kategori pengeluran bagi tujuan ini iaitu pengeluaran individu dan pengeluaran bersama dengan pasangan atau ahli keluarga.

3. Pendidikan

Para ahli KWSP boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Pembayaran pinjaman pendidikan juga boleh dibuat untuk institusi-institusi seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Negeri, Yayasan Pendidikan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sebagainya.

4. Menunaikan Haji

Kepada mereka yang berhasrat untuk menunaikan haji di Kota Suci Mekah, mereka boleh mengeluarkan simpanan di Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) untuk perbelanjaan. Perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun LTH ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000 atau baki Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah).

5. Kesihatan

KWSP juga membenarkan para ahlinya yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan untuk rawatan kesuburan.

Antara penyakit kritikal yang dilindungi adalah:

  • Kanser;
  • Sistem Kardiovaskular;
  • Gastroenterologi/Hepatologi;
  • Sistem saraf;
  • Sistem Pernafasan;
  • Penyakit kanak-kanak di bawah 16 tahun

*Senarai penuh penyakit kritikal, rujuk – DI SINI.

Bagi maklumat lengkap dan terperinci lagi berkenaan pengeluaran KWSP, boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Semakan status penerima dan jumlah bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Semakan status penerima dan jumlah bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2024

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Pendapatan bawah RM4,000 layak terima Bantuan RM500 secara 'one-off': Ini cara memohon

Pendapatan bawah RM4,000 layak terima Bantuan RM500 secara 'one-off': Ini cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong Amanah Raya Berhad bulan Jun - Julai 2024: Lepasan SPM - Ijazah layak memohon

Jawatan kosong Amanah Raya Berhad bulan Jun - Julai 2024: Lepasan SPM - Ijazah layak memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Amanah Raya Berhad kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi…