Selain STR Fasa 2, bantuan tambahan STR RM100 juga dikreditkan bulan ini: Ini senarai penerimanya

str

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat. Ia termasuklah dengan meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada rakyat Malaysia daripada kalangan B40 dan M40.

Pihak Kerajaan juga setuju memperkenalkan bantuan tambahan kepada penerima STR yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Ini adalah maklumat lanjut tentangnya: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunain Rahmah (STR) pada asanya merupakan kesinambungan bantuan-bantuan kewangan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan pelbagai lagi. Ia diberikan kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40 dan M40 dengan tujuan meringankan beban kewangan mereka dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Bagi pelaksanaan STR tahun 2024, ia diberikan kepada kategori isi rumah, warga emas dan bujang yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Sumbangan Asasa Rahmah (SARA)

Bagi menyediakan bantuan lebih bersasar kepada mereka yang memerlukan, kerajaan juga telah memperkenalkan bantuan tambahan kepada penerima STR sedia ada iaitu melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA).  Bantuan tambahan dijangka akan dimanfaatkan olej lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta.

Syarat-syarat kelayakan SARA adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

 

Kadar SARA yang ditetapkan pula adalah sebanyak RM1,200 kepada penerima kategori isi rumah dan warga emas. Manakala, kategori bujang pula sebanyak RM600.

Untuk mereka yang layak, pemakluman diberitahu melalui pelbagai kaedah iaitu secara surat makluman, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan semakan terus melalui portal rasmi STR.

Pembayaran SARA

Untuk pembayaran SARA bagi penerima di Semenanjung Malaysia, ia akan dibuat setiap bulan dengan kadar RM100 atau RM50 mengikut jumlah kelayakan. Bagi penerima yang berada di Sabah, Sarawak dan Labuan pula, pembayaran dibuat sebanyak RM600 atau RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

Pembayaran secara bulanan dibuat melalui MyKad masing-masing dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas terpilih secara tanpa tunai di Pasar raya / Kedai runcit yang mengambil bahagian. Pada ketika ini, terdapat lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

Untuk maklumat lengkap berkenaan SARA ini, sila rujuk di Portal Rasmi MyKasih – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…
Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Bantuan RM100 Dikreditkan Automatik Ke MyKad/Kad Pengenalan: Ini Cara Menggunakannya

Golongan B40 merujuk kepada 40% penduduk Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah terendah. Kategori ini ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Median…
Pengambilan Jawatan Kosong PLANMalaysia Sesi Mac 2025: Minima SPM, Gaji Sehingga RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong PLANMalaysia Sesi Mac 2025: Minima SPM, Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…