Melalui Bajet 2022, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bagi meringankan beban mereka yang tejejas sesuai dengan konsep Keluarga Malaysia.
Oleh itu, bermula pada tahun 2022 – Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) iaitu bantuan tunai yang lebih bersasar akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
Ini adalah penjelasan lanjutnya:-
Jumlah Bayaran
BKM akan diberikan dengan jumlah sehingga RM2,000 mengikut kategori penerima dan kelayakan yang ditetapkan. Mereka yang layak adalah:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati
syarat; dan - Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Berikut adalah jumlah bayaran yang bakal diterima:
Tarikh Permohonan
Berdasarkan Soalan-soalan Lazim BKM yang diterbitkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), tarikh mula kemas kini dan permohonan baru BKM adalah pada 1 Januari 2022 sehingga 30 Januari 2022. Namun, ia masih tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
Pembayaran BKM juga akan dilaksanakan 4 fasa setahun, dengan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan BKM, boleh rujuk – DI SINI.