Sesuai dengan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan, pihak kerajaan melalui Bajet 2022 telah mengumumkan pelaksanaan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
BKM pada asasnya merupakan bantuan tunai daripada kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ia juga diberikan kepada beberapa kategori iaitu Isi Rumah, Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan dan Bujang.
Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bayaran BKM untuk kategori Isi Rumah: –
Kadar BKM Isi Rumah
Bagi bayaran BKM isi rumah, ia akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan bawah RM2,500 dan ke bawah, serta RM2,501 – RM5,000. Berikut adalah kadar bayarannya:
- Isi rumah bawah RM2,500 dan ke bawah
- Bilangan anak 0: RM1,000
- Bilangan anak 1 – 2: RM1,500
- Bilangan anak > 3: RM2,000
- Isi Rumah bawah RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM400
- Bilangan anak 1 – 2: RM600
- Bilangan anak > 3: RM800
Tarikh Pembayaran BKM
Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan melalui brosur rasmi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022, pembayaran BKM akan dibuat sebanyak 4 Fasa setahun. Berikut adalah jadualnya:
- Fasa 1: Mac 2022
- Fasa 2: Jun 2022
- Fasa 3: September 2022
- Fasa 4: Disember 2022
Berkenaan dengan tarikh pembayaran secara tepat, ia masih belum dimaklumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Semakan Status BKM
Kepada mereka yang telah membuat kemaskini atau permohonan baru BKM pada Januari lalu, semakan status permohonan boleh dibuat secara atas talian di portal rasmi BKM.
Tatacaranya adalah:
- Layari portal rasmi BKM – DI SINI;
- Klik pada butang ‘Log Masuk BKM’;
- Log masuk dengan mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan;
- Klik pada butang ‘Semakan Status’.
- Status BKM akan dinyatakan
Bagi maklumat lengkap dan terperinci berkenana BKM, ia boleh dirujuk – DI SINI (PDF).