Semakan KWSP

Semakan KWSP RM500 dikreditkan terus ke akaun: Senarai pencarum yang layak menerimanya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan adalah sumbangan kewangan kepada para ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan itu: –

Bantuan KWSP RM500

Di bawah Belanjawan 2023 tahun lalu, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah bantuan berupa sumbangan tunai sebanyak RM500 kepada para pencarum KWSP yang layak.

Bantuan RM500 ini diberikan kepada mereka yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dan mempunyai simpanan kurang dari RM10,000 dalam Akaun 1 KWSP.

“Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

Pembayaran Bantuan RM500

Berdasarkan kenyataan rasmi KWSP, pembayaran RM500 itu telah pun dikreditkan ke akaun KWSP ahli yang layak. Ia melibatkan peruntukan sebanyak RM708 juta kepada 1.4 juta ahli KWSP berumur antara 40 dan bawah 55.

“Insentif caruman RM500 one-off ini, yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023, bertujuan menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan pengumpulan simpanan persaraan mereka,” petikan dari kenyataan KWSP.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Dalam masa sama, pihak KWSP turut meneruskan program i-Lindung iaitu sebuah platform layan diri dalam i-Akaun (Ahli) yang memudahkan proses pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).

Melaluinya, ahli boleh membeli produk insurans atau takaful daripada Syarikat Insurans dan Pengendali Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP untuk diri sendiri serta ahli keluarga.

Untuk maklumat lengkap berkenaannya, sila rujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…