Semakan permohonan i-CITRA telah dibuka ~ Cara membuat semakan & kaedah pembayaran

Seperti mana yang semua telah maklum, kerajaan melalui PEMULIH telah memperkenalkan program pengeluaran i-CITRA sebagai usaha memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Melalui i-CITRA, setiap ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur 55 tahun ke bawah dan mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun boleh mengemukakan permohonan.

Amaun kelayakan pengeluaran i-CITRA adalah sehingga maksimum RM5,000 dengan pembayaran bulanan akan dibuat sehingga lima bulan.

Semakan i-CITRA

Apa yang pasti, kepada yang telah membuat permohonan, semakan kelulusan i-CITRA telah pun dibuka dan boleh disemak di laman web rasmi i-CITRA.

Tatacaranya adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke laman rasmi i-CITRA (KLIK SINI).
  2. Klik pada ‘SEMAKAN STATUS PERMOHONAN’.
  3. Isi ruang yang disediakan dengan maklumat Nombor Kad Pengenalan & Nombor Telefon pemohon.
  4. Membuat pengesahan di ruang ‘Saya bukan robot’.
  5. Maklumat status permohonan akan dipaparkan sama ada lulus atau tidak.

 

Kaedah pembayaran i-CITRA

Kepada yang permohonan mereka diluluskan, bayaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli yang:

  • Akaun bank simpanan atau semasa.
  • Akaun bank masih aktif.
  • Akaun bank di atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/syarikat).

 

Bagaimanapun, sekiranya ahli tidak mempunyai akaun bank, ahli boleh memohon pembayaran secara Arahan Bayaran ketika membuat permohonan di portal i-CITRA.

Melalui Arahan Bayaran, ahli perlu hadir ke cawangan pilihan ketika permohonan dan mengambil bayaran berkenaan.

Permohonan pengeluaran i-CITRA dibuka sehingga 30 September 2021.

 

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…