bmt

Semakan status Bantuan BMT RM800 telah dibuka: Cara buat semakan & tarikh pembayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023.

Berikut adalah antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan BMT

Melalui Belanjawan 2023, pihak Kerajaan teleh bersetuju untuk meneruskan pemberian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Malah, kadar bantuan ini telah dinaikan kepada RM800 – berbanding RM600 pada tahun sebelum ini.

Tujuan utama bantuan kewanagan ini diperkenalkan adalah bagi meringankan serta mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

  • Satu lot hanya seorang penerima sahaja (Pekebun Kecil atau Penoreh) layak menerima bantuan;
  • Seorang Pekebun Kecil atau Penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
  • Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)
    • Warganegara Malaysia
    • Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA
    • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
    • Pemilik tanah yang sah
    • 1 lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan
  • Penoreh (Bukan Pemilik Tanah)
    • Warganegara Malaysia
    • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA
    • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar
    • 1 lot tanah hanya seorang penoreh/penama sahaja yang layak menerima bantuan
    • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah ketika permohonan dibuat

Semak Kelayakan

Dimaklumkan bahawa, pembayaran BMT akan dilaksanakan sebanyak empat Fasa iaitu bermula pada bulan November 2023 sehingga Februari 2024.

Pengkreditan BMT pula akan dibuat secara pemindahan dana elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT) terus ke akaun penerima yang layak.

Bagi membuat semakan status kelayakan BMT, ia boleh dibuat secara atas talian (online) DI SINI.

Manakala, maklumat lebih lengkap berkenaan BMT, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Berdasarkan data rasmi, isi…
Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pada ketika ini, Insititut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan…
E-Dompet RM300 Dikreditkan Setiap Bulan: Ini Cara Memohon Bantuan BINGKAS

E-Dompet RM300 Dikreditkan Setiap Bulan: Ini Cara Memohon Bantuan BINGKAS

Dalam kehidupan seharian, terdapat beberapa perkara asas yang menjadi keutamaan setiap individu dan keluarga. Barangan keperluan harian seperti makanan, minuman,…