Semakan Status

Semakan Status STR Fasa 3 telah dibuka: Senarai penuh penerima & jumlah bayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan tunai telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan tunai ini diberikan dengan tujuan untuk membantu mereka yang berpendapatan sederhana (M40) dan rendah (B40).

Ia termasuklah bantuan-bantuan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai yang diperkenalkan itu: –

Bantuan STR 2024

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, STR merujuk kepada Sumbangan Tunai Rahmah iaitu sebuah bantuan tunai secara berfasa kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40 dan M40. Mereka yang layak menerima bantuan ini merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Berikut adalah butiran syarat-syarat kelayakan bagi setiap kategori penerima:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

Pembayaran STR 2024

Jumlah pembayaran STR adalah berbeza-beza mengikut setiap kategori dan ia ditentukan berdasarkan nilai pendapatan serta tanggungan (isi rumah). Bagi jumlah keseluruhan STR 2024, ia adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM1,000
    • Bilangan anak 1 – 2: RM1,500
    • Bilangan anak 3 – 4: RM2,000
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM2,500
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM1,250
    • Bilangan anak 1 – 2: RM1,000
    • Bilangan anak 3 – 4: RM750
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR : RM350
  • Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
    • STR: RM600

 

Pembayarannya akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak dan diluluskan permohonannya. Bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun berstatus tidak aktif – mereka boleh membuat pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Semakan Status STR 2024

Untuk yang telah membuat permohonan atau mengemaskini STR, semakan status kelulusan dan jumlah kelayakan boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR melalui MySTR. Tatacaranya adalah seperti di bawah:

  • Klik log masuk di Portal Rasmi STR (MySTR);
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (jika ada)

 

Semakan status juga boleh dibuat melalui Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah yang boleh dimuat turun di Play Store
pada telefon bimbit masing-masing. Selain itu, pemohon turut boleh membuat semakan dengan cara:

  • Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran.

 

Sekiranya semakan mendapati status permohonan ‘Tidak Lulus’, rayuan boleh dibuat di portal sama atau melalui Pejabat Hasil berdekatan. Pemohon dikehendaki membawa dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan sesuai dengan alasan tidak lulus berkenaan.

Akan tetapi, permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024 secara dalam talian boleh dibuat bagi semua pemohon yang berstatus Tidak Lulus kecuali Kod Duplikasi dan Kod 32 – Permohonan Dari Luar Negara Secara Dalam Talian.

Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan STR 2024 boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Am Persekutuan: Maklumat bayaran setiap bulan & syarat-syarat kelayakan

Bantuan Am Persekutuan: Maklumat bayaran setiap bulan & syarat-syarat kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan tunai telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
SARA dikreditkan September 2024: Maklumat penerima, tarikh & jumlah bayaran

SARA dikreditkan September 2024: Maklumat penerima, tarikh & jumlah bayaran

Keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat telah menjadi antara salah satu isu utama di kalangan masyarakat. Prihatin dengan hal…
Pelbagai jawatan kosong ASWARA dengan gaji sehingga RM9,607: Kelayakan PT3 hingga Ijazah

Pelbagai jawatan kosong ASWARA dengan gaji sehingga RM9,607: Kelayakan PT3 hingga Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan…