Semakan STR

Semakan STR yang dibayar mulai Ogos 2024: Penerima, jumlah & tarikh pembayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Bantuan-bantuan ini diberikan dengan tujuan untuk membantu mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Antaranya adalah  bantuan-bantuan di bawah Belanjawan 2024 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat. Ini kerana, Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Tindakan Kerajaan melaksanakan penyasaran semula subsidi telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai STR 2024 ini dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Bagi tahun 2024 ini, STR diberikan kepada rakyat Malaysia yang menepati kriteria berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

Jumlah Bayaran STR 2024

Bagi tahun 2024 ini, kadar STR yang ditetapkan adalah berbeza mengikut setiap kategori penerima. Ini adalah maklumat berkenaan jumlah bayarannya:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM1,000
    • Bilangan anak 1 – 2: RM1,500
    • Bilangan anak 3 – 4: RM2,000
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM2,500
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM1,250
    • Bilangan anak 1 – 2: RM1,000
    • Bilangan anak 3 – 4: RM750
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR : RM350
  • Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
    • STR: RM600

Semakan STR 2024

Bagi urusan semakan kelulusan, ia boleh dibuat oleh mereka yang telah membuat permohonan atau mereka yang menerima STR pada tahun 2023 lalu. Semakan status STR boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Klik log masuk di Portal Rasmi STR (MySTR);
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (jika ada)

 

Mereka yang perlu membuat permohonan baru STR 2024 adalah seperti berikut:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

 

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) Portal Rasmi STR atau melalui Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit. Permohonan juga boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL.

Ia kemudiannya perlu diserahkan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL atau secara Pos terhad kepada borang permohonan yang diterima ke alamat seperti berikut:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Atau
Sekretariat STR
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2
62592 PUTRAJAYA

Untuk maklumat lanjut, lengkap dan terperinci berkenaan STR 2024 boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) 2025

Jawatan Kosong Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) 2025

Pada ketika ini, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Cara Menggunakan SARA RM100 - RM200 yang Dikreditkan Dalam MyKad Setiap Bulan

Cara Menggunakan SARA RM100 - RM200 yang Dikreditkan Dalam MyKad Setiap Bulan

Dalam kehidupan seharian, keperluan asas memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan setiap individu. Keperluan asas merujuk kepada perkara utama yang…
Pelbagai Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Negeri Pahang ~ Kelayakan Minima SPM

Pelbagai Jawatan Kosong Dalam Perkhidmatan Awam Negeri Pahang ~ Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…