Semakin membimbangkan, 600 cawangan bank dijangka tutup di Malaysia

600 buah cawangan bank di negara ini dijangka tutup dalam tempoh 10 tahun akan datang, menurut hasil kajian firma perunding terkemuka, Roland Berger.

Mendedahkannya dalam kajian bertajuk: Branching Out – The Future Of Retail Banking Networks, hal itu berlaku rentetan dari kesan pengecilan operasi perbankan – selaras dengan ledakan teknologi kewangan (fintech) yang menyaksikan pelanggan beralih kepada perkhidmatan digital.

Ia sekaligus bakal menyaksikan hampir 18 peratus atau lebih 11,000 cawangan bank akan ditutup di rantau Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun mendatang.

“Penutupan cawangan perbankan runcit ini dijangka berlaku di enam pasaran termasuk Malaysia. Thailand, Malaysia, Indonesia dan Filipina mengalami fasa pertumbuhan selama 10 tahun terakhir, namun jumlah cawangan dijangka mulai menurun atau terus mengecil di negara yang sudah menyaksikan trajektori penurunan.

“Indonesia, Thailand dan Malaysia akan memperlihatkan penggabungan cawangan yang ketara ketika ekonomi terus berkembang, selain dipacu insentif dan peraturan kerajaan yang menyokong lebih banyak aktiviti perbankan digital,” petikan kajian berkenaan, laporan Berita Harian.

Mengulas kajian berkenaan, Rakan Kongsi Kanan Roland Berger, Philippe Chassat berpandangan – penutupan cawangan bank di negara ini juga selaras dengan sasaran jelas kerajaan terhadap perkhidmatan digital.

Ia termasuklah dengan langkah mempromosikan infrastruktur pelaburan dan pembentukan ekosistem fintech yang rancak bagi peralihan yang stabil ke arah kewangan digital.

Philippe Chassat turut memberikan contoh tentang hasrat kerajaan yang mahu mengumpulkan sekurang-kurangnya 15 juta pengguna e-dompet atau lebih tepat hampir separuh populasi negara ini menjelang tahun 2025.

“Kerajaan juga menyokong pelaburan dalam infrastruktur yang diperlukan. Malaysia turut memperkenalkan program insentif besar bagi mempercepat penggunaan e-dompet,” katanya, petikan dari Berita Harian.

Sementara itu, Kesatuan Nasional Pekerja Bank (NUBE) dalam reaksinya menzahirkan kebimbangan dengan perkembangan berkenaan khususnya tentang nasib para kakitangan bank yang majoritinya berstatus berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Presiden NUBE,  J Solomon dalam kenyataannya menggesa Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia (BNM) tampil membela pekerja bank yang bakal terjejas dengan penutupan cawangan dan khidmat perbankan runcit.

“Ribuan pekerja bank, sebilangan besarnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) khuatir akan kehilangan mata pencarian jika berlaku penutupan itu.

“Kementerian dan BNM mesti mewajibkan bank menyediakan program latihan semula untuk meningkatkan kemahiran pekerja agar mereka terus relevan kepada keperluan bank dan mempunyai masa depan,” katanya, petikan dari Free Malaysia Today.

Bank Negara Malaysia (BNM) digesa tampil membela pekerja yang bakal terjejas. Gambar: The Star.

Bagaimanapun, dalam masa sama – Solomon menegaskan NUBE tidak pernah menolak perbankan digital dan kecenderungan memperkembangkannya – tetapi kebimbangan itu dizahirkan kerana memikirkan tentang nasib para pekerja bidang berkenaan.

“Penutupan ketara perkhidmatan perbankan runcit atau penutupan terus cawangan bank sudah pun berlaku di Malaysia dan dibiarkan begitu sahaja oleh BNM dan kementerian tanpa memastikan kebajikan dan masa depan pekerja terlibat.

“BNM dan Kementerian Kewangan mempunyai tanggungjawab memastikan bank terbabit menyediakan latihan bagi meningkatkan kemahiran dan keupayaan pekerja secara tersusun supaya pekerjaan mereka terjamin dalam hala tuju baru bank. Amat dikesali ini tidak dilakukan,” katanya lagi.

 

Sumber: Berita Harian & Free Malaysia Today.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…