Semakin membimbangkan, lebih 17 ribu hilang kerja dari Januari hingga Mac tahun ini

Seramai sekitar 17,487 individu di negara ini dilaporkan telah kehilangan pekerjaan sejak awal Januari hingga 12 Mac tahun ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kuala Lumpur, Mustafa Draman yang berkata, majoriti mereka itu terdiri daripada golongan lelaki iaitu seramai 10,021 atau bersamaan dengan 57.31 peratus. Manakala, selebihnya adalah wanita seramai 7,466 atau bersamaan dengan 42.69 peratus.

Dari jumlah berkenaan, Kuala Lumpur mencatatkan bilangan individu hilang pekerjaan tertinggi iaitu seramai 5,024 orang, diikuti Petaling Jaya (1,981) dan Shah Alam (1,212).

“Sementara, seramai 590 individu direkodkan hilang pekerjaan di Johor Bahru, Johor, 491 di Kota Kinabalu, Sabah dan 470 di Subang Jaya, Selangor. Tahun lalu, seramai 107,024 individu direkodkan hilang pekerjaan terdiri daripada 61,157 lelaki dan 45,867 wanita.” – Mustafa Draman, petikan dari Harian Metro.

Sebelum ini, dapatan PERKESO juga mendapati seramai lebih 7 ribu pekerja telah ditamatkan perkhidmatan akibat pelbagai faktor, setakat 11 Februari tahun ini. Ia berikutan dengan masalah adanya majikan yang tidak mampu lagi membayar gaji pekerja sehingga memaksa mereka menamatkan perkhidmatan, melakukan penstrukturan semula syarikat atau menutup terus perniagaan.

Dalam masa sama, PERKESO masih lagi mengingatkan individu yang kehilangan pekerjaan supaya mengemukakan permohonan faedah kewangan melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO.

Bagi maklumat lanjut dan syarat-syarat kelayakan SIP serta cara permohonan, boleh melayari laman: https://eiscentre.perkeso.gov.my/.

Sumber: Harian Metro.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…