akaun 2

Semua ahli KWSP boleh buat pengeluaran dari Akaun 2: Ini senarai perkara & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan. Pihak Kerajaan juga telah membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui pelbagai program seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.

Dalam masa sama, terdapat pelbagai faktor memboleh para ahli membuat simpanan KWSP mereka dari Akaun 2 (Akaun Sejahtera). Akaun Sejahtera atau Akaun 2 wujud bagi memenuhi keperluan kitaran hidup pra-persaraan bagi jangka sederhana yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.

Simpanan di Akaun Sejahtera boleh dikeluarkan bagi tujuan pengeluaran pra-persaraan yang dibenarkan seperti berikut:

Pengeluaran KWSP dari Akaun 2

Pengeluaran ketika usia 50 tahun

Apabila pencarum mencapai usia 50 tahun, mereka boleh membuat pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan dalam Akaun 2 untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan mereka. Hal ini diharapkan dapat membantu dalam perancangan persaraan dan masa depan kewangan yang lebih terjamin.

Pengeluaran pendidikan

Bagi membantu ahli dalam urusan pendidikan, KWSP membenarkan pengeluaran dari Akaun 2 (Akaun Sejahtera) bagi membayar pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan. Kadar yang boleh dikeluarkan adalah jumlah yuran pengajian/ baki pinjaman pendidikan atau kesemua simpanan dalam Akaun Sejahtera (mengikut mana yang lebih rendah).

Membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan

Sekiranya ahli berdepan keadaan sukar untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan, pihak KWSP membenarkan pengeluaran dalam akaun sama bagi tujuan tersebut. Pengeluaran itu sekurang-kurangnya bagi pembayaran enam bulan atau sehingga masalah kewangan ahli selesai.

Pengeluaran untuk membeli rumah

Bagi membantu ahli membeli rumah di saat kenaikan harga hartanah yang telah menyukarkan ramai orang untuk membeli rumah. KWSP membenarkan ahli mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 untuk membiayai pembelian rumah. Rumah kediaman itu hendaklah merupakan jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/ Small Office Home Office (SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Pengeluaran untuk membina rumah

Bagi membantu ahli membina rumah impian, KWSP memberi kemudahan untuk anda membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai pembinaan rumah itu.​ Dimaklumkan bahawa kos membeli tanah boleh diambil kira dengan syarat tarikh Perjanjian Jual Beli Tanah adalah dalam tempoh dua tahun dari tarikh Perjanjian Bina Rumah.

Menampung kos perubatan 

Kos perubatan kini mungkin menjadi beban di kalangan masyarakat yang kurang berkemampuan. Oleh itu, ahli boleh membuat pengeluaran sebahagian dari Akaun 2 bagi menampung kos perubatan bagi penyakit yang diluluskan, peralatan kesihatan dan rawatan kesuburan. Semua peralatan perubatan dan/atau ubat yang disarankan oleh doktor (secara bertulis) adalah layak untuk pengeluaran kesihatan dan tertakluk kepada jenis penyakit, yang dibenarkan oleh KWSP.

Pengeluaran untuk menunaikan haji

Kepada ahli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji, mereka boleh menggunakan simpanan Akaun Sejahtera sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan. Apa yang boleh dikeluarkan adalah perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun LTH ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000 ATAU baki Akaun Sejahtera (mengikut mana yang lebih rendah).

Cara Memohon Pengeluaran Akaun 2 KWSP

Bagi membuat pengeluaran-pengeluaran seperti yang dibenarkan, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem i-Akaun Ahli KWSP. Ahli juga boleh pergi ke cawangan-cawangan KWSP seluruh negara jika hendak mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan pengeluaran dan kaedah pelaksanaannya.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lengkap berkenaan perkara-perkara berkaitan faktor kebenaran pengeluaran KWSP boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar ini, pelbagai jenis inisiatif, bantuan dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada…
YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan…