Semua kaunter KWSP ditutup sehingga 14 Jun: Ini cara ambil PO & berhubung untuk urusan i-Sinar

Berikutan dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) fasa pertama, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup semua pejabat dan kaunter perkhidmatannya di seluruh negara bermula dari 1 hingga 14 Jun ini.

Penutupan itu sekaligus membatalkan semua sesi janji temu yang dibuat melalui saluran Janji Temu Online (JTO) bagi sepanjang tempoh berkenaan. Sebaliknya, pihak KWSP menyarankan para ahlinya supaya membuat janji temu semula selepas tempoh sekatan pergerakan penuh ditamatkan.

Janji temu bagi pengeluaran umur 50, 55, 60 dan hilang upaya akan diberikan keutamaan apabila pejabat dan kaunter perkhidmatan KWSP beroperasi semula. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan perhubungan individu secara bersemuka supaya rantaian jangkitan dapat diputuskan,” berdasarkan kenyataan KWSP.

Dalam masa sama, pihak KWSP juga memaklumkan bagi ahlinya yang telah memohon pengeluaran i-Sinar dan sedang menunggu pembayaran melalui Arahan Bayaran (PO), cawangan KWSP berkenaan akan menghubungi ahli untuk urusan pengambilan di cawangan yang mereka pilih.

Sementara itu, kepada ahli yang mahu berhubung dengan pihak KWSP – mereka boleh berbuat demikian dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian: 03-8922 6000 atau merujuk saluran media sosial KWSP dan laman sesawang rasminya di: https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

Manakala bagi urusan i-Sinar, ahli boleh menghubungi Hotline Khas i-Sinar di: 03-8299 4848.

Dimaklumkan juga bahawa perkhidmatan i-Akaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan) masih berjalan seperti biasa, tetapi tertakluk kepada perkhidmatan tertentu yang sedia ada sahaja.

Bagi urusan pembayaran caruman pula, ia boleh dibuat melalui kuanter ejen-ejen bank atau secara perbankan internet yang berdaftar dengan KWSP.

Sumber: KWSP & Berita Harian.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…
Dividen telah diumumkan: Ini bantuan kewangan yang bakal diperkenalkan Tabung Haji

Dividen telah diumumkan: Ini bantuan kewangan yang bakal diperkenalkan Tabung Haji

Akhirnya penantian ramai pihak terjawab, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad telah pun mengumumkan…