STR Fasa

Senarai Bank STR Fasa 4 Telah Dikreditkan: Jumlah Bantuan Bagi Setiap Penerima

Pada ketika ini, antara yang menjadi perhatian utama Kerajaan adalah kenaikan kos sara hidup. Prihatin dengan perkara itu, pihak Kerajaan di bawah Belanjawan 2024 telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kepada golongan berpendapatan sederhana (M40) dan rendah (B40).

Antaranya adalah apabila pihak Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai yang diperkenalkan itu: –

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR merupakan sebuah bantuan tunai kepada rakyat dari kalangan berpendapatan rendah dan sederhana. Ia juga merupakan salah satu cara dan usaha Kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang memerlukan.

Dalam masa sama, STR merupakan kesinambungan pelbagai bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BPR) dan banyak lagi.

Bagi tahun ini, kelayakan STR adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

STR Fasa 4

Bagi tahun 2024, pembayaran STR ditetapkan dengan kadar maksima RM2,500 (isi rumah) dan minima RM350 (bujang). Pembayarannya pula dibuat sebanyak empat fasa dan menyaksikan Fasa Akhir (Fasa 4) tahun ini dibayar secara berperingkan mulai 07 November 2024.

Kadar pembayaran STR Fasa 4 bagi setiap penerima pula adalah seperti di bawah:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM200
    • Bilangan anak 1 – 2: RM350
    • Bilangan anak 3 – 4: RM500
    • Bilangan anak 5 & ke atas:RM700
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak 3 – 4: RM250
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM350
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR Fasa 4: RM100
  • Warga Emas Tiada Pasangan dengan pendapatan bulanan RM5,000 & ke bawah
    • STR Fasa 4: RM150

Cara Pembayaran STR

Cara pembayaran STR adalah secara kredit terus ke akaun penerima, seperti mana maklumat yang diberikan ketika permohonan/kemaskini dibuat. Sekiranya penerima tidak mempunyai akaun bank (atau akaun tidak aktif), mereka boleh mengambil pembayaran STR di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Dalam masa sama, berdasarkan tinjauan setakat 7 November 2024 – pembayaran STR Fasa 4 telah pun dikreditkan kepada pemegang akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Rakyat dan Maybank. Selepas itu, ia akan diikuti oleh bank-bank lain seperti CIMB Bank, Agro Bank, Bank Islam, RHB, Public Bank, Hong Leong dan sebagainya.

Untuk lebih mudah, pemohon boleh membuat semakan status kredit STR Fasa 4 di Portal Rasmi STR dengan tatacara berikut:

  • Klik log masuk MySTR;
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

 

Semakan juga boleh dibuat dengan menghubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran.

Bagi maklumat lebih lengkap dan teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bantuan RM300 Diberikan Secara Sekaligus (One-Off): Ini Cara Memohon Bantuan IKPP 2025

Bergelar suami isteri adalah detik indah yang dinantikan oleh ramai pasangan. Namun, selepas majlis tamat, bermulalah satu fasa kehidupan yang…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 tahun dan ke atas: Cara Memohon Bantuan BWE 2025

Warga emas merupakan sebahagian penting daripada masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan pengalaman yang tidak ternilai dalam membangunkan…
RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

RM500 - RM1,000 Dibayar Setahun Sekali: Permohonan Bantuan Sara Diri 2025 Telah Dibuka

Melangkah ke alam pengajian tinggi merupakan satu fasa penting dalam kehidupan seorang pelajar. Ia bukan sahaja menandakan permulaan kepada pengembaraan…