bantuan aidilfitri

Senarai Bantuan-Bantuan Aidilfitri yang telah dikreditkan: Jumlah bayaran & senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan sebagai usaha Kerajaan meringankan beban mereka yang memerlukan. Hal itu, termasuklah sumbangan kewangan bersemepena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan: –

Bantuan-Bantuan Aidilfitri 2024

Beberapa buah negeri telah memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri. Antara yang terawal adalah Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kadar sebanyak setengah bulan gaji atau bayaran minimum RM1,200 kepada seluruh anggota perkhidmatan awam negeri itu. Pemberian bantuan itu adalah sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri kepada seluruh anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang yang merupakan nadi penggerak kerajaan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut memberikan bantuan khas sama tapi dengan kadar RM300 kepada penyelia dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR).

Seterusnya adalah Kerajaan Negeri Perak iaitu dengan kadar  RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri dan buat julung kalinya kepada 995 ketua kampung di negeri berkenaan.

Bagi Kerajaan Negeri Kelantan pula, Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 disalurkan kepada penjawat awam daripada gred 56 dan ke bawah. Bayaran penghargaan itu turut disumbangankan kepada pegawai lantikan politik termasuk ahli majlis, penghulu, penyelaras pembangunan armalah, guru pondok, guru al-Quran dan guru jahitan sebanyak RM250.

Di samping itu, Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 juga diberikan kepada para penjawat awam Negeri Selangor. Penggerak masjid seperti nazir, imam, bilal, siak serta guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) pula menerima bantuan berjumlah RM500.

Selain itu, pihak Kerajaan Negeri Pahang pada akhir Mac lalu telah mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri RM1,000 kepada sekitar 8,000 penjawat awam di negeri itu. Kerajaan Negeri Sembilan pula menetapkan kadar Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 dan akan membabitkan 6,662 kakitangan kerajaan negeri sebagai penerimanya.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Di peringkat Persekutuan, pihak Kerajaan telah bersetuju memberikan sumbangan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada para penjawat awam Gred 56 ke bawah  yang masih berkhidmat pada 5 April, pegawai lantikan Contract of Service (COS), pegawai sambilan harian serta pegawai lantikan MySTEP.

Pegawai yang bercuti dengan bergaji penuh, bercuti separuh gaji dan bercuti tanpa gaji serta pegawai yang dipinjamkan, termasuk ke agensi yang diasingkan saraannya juga layak menerima bantuan khas ini.

Akan tetapi, bayaran bantuan khas ini tidak layak diberikan kepada pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam atau ditukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama atau Gred Khas. Bagi para pesara kerajaan pula, mereka layak menerima bantuan khas sebanyak RM250, termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Berkenaan dengan tarikh pembayaran, ia telah pun dikreditkan kepada yang layak pada 05 April 2024 (Jumaat) lalu secara kredit terus ke akaun penerima. Dimaklumkan bahawan pembayaran bantuan-bantuan khas hari raya ini tidak melibatkan sebarang permohonan dan diberkan secara automatik.

Hari Raya Aidilfitri di Malaysia disambut pada 10 April 2024. Keputusan menetapkan Hari Raya Puasa (Aidilfitri) 2024 bersamaan 1445 Hijrah adalah berdasarkan kedudukan bulan yang memenuhi kriteria Imkanur-rukyah (kebolehnampakan) dan menurut hitungan falak, ijtimak (bulan baharu) Syawal. Turut sama menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tarikh itu adalah Singapura, Indonesia dan Thailand.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan RM100 - RM1,000 terbuka untuk permohonan rakyat Malaysia: Ini cara memohon

Senarai Bantuan RM100 - RM1,000 terbuka untuk permohonan rakyat Malaysia: Ini cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
FRIM buka tawaran pelbagai jawatan kosong sesi Mei 2024: Gaji RM2,315 hingga RM9,618

FRIM buka tawaran pelbagai jawatan kosong sesi Mei 2024: Gaji RM2,315 hingga RM9,618

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi…
Bantuan RM2,700 'one-off' untuk golongan B40: Senarai mereka yang layak & cara memohon

Bantuan RM2,700 'one-off' untuk golongan B40: Senarai mereka yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…