Belanjawan 2025

Senarai bantuan-bantuan sehingga RM4,600 kepada rakyat Malaysia di bawah Belanjawan 2025

Belanjawan tahunan adalah rancangan kewangan tahunan yang disediakan oleh Kerajaan bagi tempoh satu tahun. Belanjawan ini menggariskan jangkaan pendapatan dan perbelanjaan negara bagi tahun yang akan datang.

Setiap tahun, Kerajaan akan mempersembahkan belanjawan ini di Dewan Rakyat sebagai sebahagian daripada proses merancang dan mengurus kewangan negara. Belanjawan tahunan bertujuan untuk:

  • Merancang Perbelanjaan Negara: Mengagihkan dana kepada pelbagai kementerian, agensi kerajaan, dan sektor ekonomi (seperti pendidikan, kesihatan, pembangunan infrastruktur).
  • Menentukan Sumber Pendapatan: Kerajaan menjelaskan sumber pendapatan negara seperti cukai, dividen daripada syarikat milik kerajaan, duti import, dan lain-lain.
  • Mengurus Keseimbangan Ekonomi: Belanjawan juga membantu kerajaan menangani isu inflasi, pengangguran dan memastikan kestabilan ekonomi.
  • Menyampaikan Dasar Kerajaan: Belanjawan digunakan untuk melaksanakan dasar kerajaan seperti bantuan kepada rakyat, pembangunan projek, dan sokongan kepada sektor tertentu (seperti pertanian atau industri kecil dan sederhana).

 

Oleh itu, pada 18 Oktober 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat. Belanjawan 2025 melibatkan peruntukan kseluruhan sebanyak RM412 bilion dengan pembagian:

  • Belanja Mengurus: RM335.0b
  • Belanja Pembangunan: RM86.0b
  • Simpanan Luar Jangka: RM2.0b
    *Tidak termasuk RM2.0 bilion Simpanan Luar Jangka

 

Di bawah Belanjawan 2025, pelbagai jenis inisiatif dan bantuan telah diperkenalkan atau ditambah baik. Berikut adalah maklumat lanjutnya:

Senarai Bantuan-Bantuan Belanjawan 2025

1. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Pihak Kerajaan telah bersetuju meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Malah, ia akan ditambahbaik apabila kadar STR kategori bujang ditingkatkan kepada RM600 dan kadar maksimum yang diterima isi rumah ditingkatkan kepada RM4,600.

Seperti mana sebelum ini, STR diberikan kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40 dan M40, merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang.

2. Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Selain STR, bantuan tambahan kepada penerima STR iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) turut ditambahbaik. Ini kerana, 5.4 juta penerima STR kategori isi rumah dan warga emas akan menerima SARA sebanyak RM100 sebulan.

Bantuan SARA itu akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima bermula pada April 2025 dan ia boleh digunakan bagi membeli barangan keperluan harian di kedai runcit atau pasaraya terlibat.

3. Bantuan Kanak-Kanak 

Bantuan Kanak-Kanak adalah salah satu bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bantuan ini bertujuan untuk membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Pada tahun hadapan, kadar bantuan ini akan ditambahbaik iaitu dinaikkan kepada RM250 daripada RM200 bagi seorang anak berumur 6 tahun dan ke bawah; serta kepada RM200 daripada RM150 bagi seorang anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun dengan maksimum RM1,000 sekeluarga.

4. Bantuan Warga Emas (BWE)

Bantuan Warga Emas atau BWE adalah bantuan tunai yang diberikan kepada warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Untuk tahun 2025, kadar BWE akan dinaikkan kepada RM600 setiap bulan, berbanding RM500 sebelum ini.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

5. Bantuan Am Persekutuan

Sebuah lagi bantuan di bawah JKM adalah Bantuan Am Persekutuan. Bantuan ini diperkenalkan untu  diberikan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadarnya sebelum ini adalah antara RM100 hingga RM350 setiap bulan. Namun begitu, bermula pada tahun hadapan, kadar Bantuan Am Persekutuan ditetapkan minima sebanyak RM150 dan maksimum sebanyak RM500 setiap bulan.

6. Bantuan Khas Kewangan 

Bagi menghargai jasa para penjawat awam, pihak Kerajaan setuju memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua
penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Dalam masa sama, Bantuan Khas Kewangan turut diberikan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen sebanyak RM250.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan 2025, sila rujuk di Portal Rasmi Belanjawan – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) buka pelbagai jawatan kosong: Gaji sehingga RM9,585

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) buka pelbagai jawatan kosong: Gaji sehingga RM9,585

Pada ketika ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan…
Belanjawan 2025: Kerajaan setuju naikkan kadar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada RM4,600

Belanjawan 2025: Kerajaan setuju naikkan kadar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada RM4,600

Pada 18 Oktober 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat dengan tema “MEMBUGAR…
Pelbagai jawatan kosong Suruhanjaya Tenaga dengan gaji RM3,700 - RM5,500: Cara memohon

Pelbagai jawatan kosong Suruhanjaya Tenaga dengan gaji RM3,700 - RM5,500: Cara memohon

Pada ketika ini, Suruhanjaya Tenaga sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah…