Ramai yang terlepas pandang: Ini senarai Bantuan-Bantuan di bawah YPM & penerima yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis inisiatif dan bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensinya.

Salah satunya adalah bantuan-bantuan di bawah Yayasan Pelajaran MARA (YPM) yang diperkenalkan bagi membantu mereka yang layak. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan-bantuan berkenaan: –

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)

Skim ini pada asasnya menyediakan bantuan kewangan secara ‘one-off’ bagi meringankan beban pelajar yang mengalami masalah kewangan semasa mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi. Objektif utamanya adalah bagi:

  • Membantu meringankan beban pelajar yang mempunyai masalah yuran tertunggak;
  • Membantu pelajar yang tidak mendapat biasiswa atau pinjaman;
  • Membantu pelajar yang teraniaya atau tertipu oleh institusi pengajian;
  • Menyediakan sara hidup bagi pelajar yang memerlukan;
  • Memastikan sistem penyampaian pembiayaan yang efisien, cepat, tepat dan betul.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Skim Bantuan Persekolahan (SBP)

SBP diperkenalkan sebagai galakan untuk mempertingkatkan prestasi akademik pelajar. SBP juga terbahagi kepada pelbagai kategori iaitu:

  • Skim Bantuan Persekolahan – Rendah & Menengah
    • Bantuan ‘one- off; berbentuk kewangan kepada pelajar bagi keluarga yang berpendapatan rendah dengan kadar maksima RM500 (Menengah) dan RM300 (Rendah).
  • Skim Bantuan Persekolahan – NGO / Rakan Strategik
    • Kerjasama strategik bersama organisasi / institusi / pertubuhan dan pihak lain yang berkaitan dalam menjayakan program bantuan berbentuk kewangan / barangan / peralatan yang berkaitan dengan keperluan persekolahan kepada pelajar.
  • Skim Bantuan Persekolahan – Program Khas
    • Kerjasama strategik bersama organisasi / institusi / pertubuhan dan pihak lain yang berkaitan dalam menjayakan program bantuan berbentuk kewangan / barangan / peralatan yang berkaitan dengan keperluan persekolahan kepada pelajar yang diluluskan oleh Pengurusan / Lembaga Pengarah YPM.
  • Skim Bantuan Khas Persekolahan
    • Bantuan kepada pelajar-pelajar atau institusi / organisasi / pusat-pusat kebajikan / lain-lain yang berkaitan yang ditimpa bencana atau musibah (kebakaran, banjir, kemalangan) dalam bentuk kewangan / barangan / peralatan
  • Skim Bantuan Persekolahan – Insentif
    • Bantuan kepada pelajar-pelajar yang menunjukan prestasi cemerlang dalam peperiksaan utama UPSR / PT3 / SPM / STPM atau pelajar yang menunjukkan kecemerlangan dalam sukan, hafazan (tahfiz) dan lain-lain kecemerlangan yang difikirkan bersesuaian.

 

Bagi maklumat lengkap berkenaan bantuan-bantuan di bawah YPM dan cara memohonnya, ia boleh dirujuk di portal rasmi YPM – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…