Senarai Bantuan-Bantuan Kerajaan RM100 – RM1,000 yang dibayar sehingga 10 Oktober 2022 ini

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui bantuan-bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dibayar dari tarikh 1 hingga 10 hari bulan setiap bulan kepada mereka yang layak. Berikut adalah antara bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah JKM:

Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

BKK diberikan untuk membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya. Jumlah bantuan adalah dari RM150 sehingga RM1,000 mengikut kelayakan.

Bantuan Am Negeri & Persekutuan

Bantuan Am ini berjumlah RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga. Ia diberikan bagi membantu individu / keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Bantuan Warga Emas (BWE)

Kepada warga emas yang menepati syarat-syarat kelayakan, BWE diberikan kepada mereka dengan kadar sebanyak RM500/sebulan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bantuan Anak Pelihara (BAP)

BAP pula merupakan inisiatif bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara. Kadarnya adalah sebanyak minima RM250 dan maksimum RM500.

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

Elaun ini diberikan bagi menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. Jumlahnya sebanyak RM450/sebulan.

Bantuan Oku Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

BTB melibatkan kadar bantuan sebanyak RM300 sebulan seorang. Ia diperkenalkan bagi membantu OKU yang tidak berupaya bekerja. dan engggalakkan mereka terus tinggal bersama keluarga.

Untuk pelbagai lagi maklumat berkenaan bantuan-bantuan di bawah JKM, syarat-syarat dan cara memohon boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia: Tawaran Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia: Tawaran Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Jabatan Penerangan Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
RM300 Dikreditkan Setiap Bulan Secara Automatik: Ini Maklumat Bantuan e-Wallet BINGKAS

RM300 Dikreditkan Setiap Bulan Secara Automatik: Ini Maklumat Bantuan e-Wallet BINGKAS

Dalam kesibukan menjalani kehidupan moden, keperluan harian sering kali dianggap sesuatu yang biasa dan kurang diberi perhatian. Namun, tanpa kita…
RM200 Dikreditkan Semula Ke MyKad Bulan Depan (Mei 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

RM200 Dikreditkan Semula Ke MyKad Bulan Depan (Mei 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

Dalam konteks ekonomi Malaysia, istilah “B40” merujuk kepada kumpulan 40% rakyat yang berpendapatan terendah dalam negara. Menurut data rasmi, B40…