Senarai bantuan-bantuan Kerajaan yang dibayar mulai tarikh 1 hingga 10 September 2022

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dibayar kepada yang layak (diluluskan permohonan) pada setiap bulan. Ini adalah senarai bantuan kewangan JKM yang akan disalurkan dari 01 hingga 10 September 2022:

Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

BKK melibatkan bantuan kewangan sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan mengikut kelayakan masing-masing. Bantuan ini bertujuan bagi membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Bantuan Am Persekutuan/Negeri

Kedua-dua bantuan ini melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM100 sebulan seorang sehingga maksimum RM350 sebulan sekeluarga. Ia diberikan kepada individu / keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Bantuan Warga Emas (BWE)

BWE pula merujuk sebuah bantuan khusus kepda golongan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. Bantuan sebanyak RM500/sebulan ini diberikan dengan tujuan mereka boleh meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Bantuan Anak Pelihara

Bantuan ini diperkenalkan bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara. Jumlah bantuan adalah sebanyak RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

Bagi pelbagai lagi maklumat berkenaan bantuan-bantuan bulanan JKM, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…