Senarai bantuan-bantuan penting pada bulan Disember 2021 yang kita semua perlu tahu

Tahun 2021 telah hampir melabuhkan tirainya dengan kehadiran bulan Disember, setelah pelbagai peristiwa yang berlaku di negara ini. Tahun ini juga telah menyaksikan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif yang diperkenalkan sama ada melalui Belanjawan 2021, PEMERKASA, PEMULIH dan sebagainya.

Oleh itu, bagi memberikan maklumat berkenaan perkara tersebut, berikut adalah bantuan-bantuan penting yang dilaksanakan pada bulan Disember 2021: –

BKC Fasa 3

Pembayaran Bantuan Khas C-19 (BKC) Fasa 3 akan dilaksanakan pada bulan ini, dengan membabitkan golongan penerima daripada kategori Miskin dan B40. Akan tetapi, tarikh rasmi pembayarannya masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan, dan ia akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Jumlah pembayaran pula adalah:

  • Miskin (Isi Rumah): RM300
  • B40 (Isi Rumah): RM300

 

Bantuan PRIHATIN Kasih

PRIHATIN Kasih adalah bantuan kewangan berbentuk elaun sebanyak RM100 yang dikreditkan ke dalam MyKad selama tiga bulan (RM300) kepada penerima yang layak. Bagi pembayaran PRIHATIN Kasih pada bulan Disember 2021, ia hanya melibatkan penerima dari Sabah, Sarawak, Labuan, Negeri Sembilan, Pahang dan Putrajaya.

Akan tetapi, bantuan ini tidak melibatkan sebarang permohonan, kerana penerimanya telah pun dipilih dan dikenal pasti. Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan ini, boleh baca – DI SINI.

Diskaun PTPTN

Melalui Bajet 2022, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan diskaun pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dari 1 November 2021 sehingga 30 April 2022.

Diskaun pembayaran itu adalah seperti berikut:

  • Diskaun 15 peratus: Peminjam yang membuat penyelesaian penuh pinjaman;
  • Diskaun 12 peratus: Membuat pembayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran;
  • Diskaun 10 peratus: Membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

 

Bantuan-bantuan JKM

Seperti mana yang semua sedia maklum, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antara bantuan-bantuan itu termasuklah:

  • Bantuan Kanak-Kanak
  • Bantuan Anak Pelihara
  • Bantuan Warga Emas
  • Bantuan Am Persekutuan
  • Bantuan Am Negeri
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
  • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar
  • Bnatuan Latihan Perantis
  • Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya

 

Semua bantuan ini boleh dimohon di Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat dengan mengisi borang permohonan dan menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan.

Dimaklumkan juga bahawa, pembayaran bantuan JKM bagi bulan Disember telah disalurkan mulai 25 November – 30 November 2021 lalu.

Manakala, bagi bulan Januari 2022 – ia akan dikreditkan kepada setiap penerima mulai 1 Januari hingga 10 Januari 2022. Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan JKM, ia boleh dirujuk – DI SINI.

Pelbagai maklumat berkenaan bantuan-bantuan yang akan diperkenalkan mulai tahun hadapan juga boleh didapati melalui portal rasmi Bajet 2022 – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…