bantuan-bantuan

Senarai bantuan-bantuan yang dibayar mulai 1 hingga 10 Jun 2023: Jumlah bayaran & penerima

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan-bantuan bulanan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah bantuan-bantuan tunai bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan berikut senarainya: –

Bantuan Am Persekutuan/Negeri

Bantuan Am Persekutuan adalah sebuah bantuan kewangan sebanyak minima RM100 dan maksimum RM350 sebulan yang diberikan kepada penduduk Wilayah Persekutuan yang layak.

Jumlah Bantuan Am Negeri pula berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing.

Bantuan Warga Emas

Bagi warga emas yang menepati syarat-syarat kelayakan JKM, mereka layak menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti.

Bantuan Anak Pelihara

Bantuan ini diperkenalkan bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara. Kadarnya pula adalah sebanyak RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bantuan Kanak-Kanak

Bantuan Kanak-Kanak adalah sebuah bantuan bulanan sebanyak minimum RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan. Tujuan utama bantuan adalah membantu keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya

Bantuan ini diberikan bagi menggalakkan OKU untuk terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. Kadarnya pula adalah sebanyak RM450 sebulan seorang.

Tarikh Pembayaran

Bagi pembayaran bantuan-bantuan ini, ia akan dikreditkan ke akaun penerima (yang diluluskan permohonnya) pada tarikh antara 1 hingga 10 setiap bulan.

Bagi syarat-syarat kelayakan setiap bantuan bulanan ini, ia boleh dilihat di Portal Rasmi JKM. Manakala, permohonan pula boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Untuk membaca dengan lebih lengkap berkenaan perkara ini, sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…