bajet mini

Bajet 2023 dibentang 2 minggu lagi: Berikut senarai Bantuan bawah Bajet Mini 2023 yang kita perlu tahu

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui bantuan-bantuan yang diperkenalkan melalui Bajet atau Belanjawan Tahunan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Berdasarkan kenyataan rasmi Kerajaan, pembentanga Bajet 2023 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun begitu, pada Disember lalu – Perdana Menteri ada membentangkan Bajet Mini 2023 yang juga membabitkan pelbagai jenis bantuan kepada rakyat.

Berikut adalah senarai bantuan-bantuan di bawah Bajet Mini 2023 yang kita perlu tahu: –

Bantuan Tunai Rakyat (BTR)

BTR adalah kesinambungan kepada bantuan-bantuan kewangan sebelum ini yang dikenali seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

Bantuan ini kemudiannya telah dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rakyat (STR) dengan pembayaran Fasa 1 telah selesai pada bulan lalu. Jumlah bayaran Fasa 1 pula adalah sebanyak RM300 (isi rumah) dan RM100 (kategori bujang).

Bantuan Khas Kewangan (BKK)

BKK pula dibayar dengan kadar sebanyak RM700 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah dan RM350 kepada pesara Kerajaan. Pembayarannya telah dikreditkan kepada setiap yang layak pada 17 Januari 2023.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Pihak Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan BMT ini dari RM600 kepada RM800. Bantuan ini akan diberika kepada para peneroka getah FELDA dari bulan Januari hingga Mac 2023 (sebanyak 3 fasa).

Bagi para penoreh getah di bawah RISDA pula, pihak Kerajaan akan memberikan bantuan BMT Tambahan sebanyak RM200 bapa bulan Januari 2023.

Ini kerana BMT RISDA telah pun disalurkan pada bulan November dan Disember 2022 dengan jumlah keseluruhan RM600.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bagi membantu dan meringankan beban ibu bapa dalam persiapan persekolahan anak-anak, pihak Kerajaan setuju menaikkan BAP kepada RM150, berbanding RM100 sebelum ini.

Bantuan ini akan diberikan kepada semua murid sekolah, tanpa mengira pendapatan ibu bapa. Pembayarannya pula dilaksanakan pada bulan Januari 2023 melalui sekolah masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Besar-Besaran Perkhidmatan Awam Negeri Selangor: Ini Senarai Jawatan Ditawarkan

Pengambilan Besar-Besaran Perkhidmatan Awam Negeri Selangor: Ini Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong yang…
RM500 - RM2,500 Dibayar Bermula Fasa 1 hingga Fasa 4: Jadual Pembayaran STR Tahun 2025

RM500 - RM2,500 Dibayar Bermula Fasa 1 hingga Fasa 4: Jadual Pembayaran STR Tahun 2025

Dalam landskap ekonomi negara yang semakin mencabar, dua kumpulan masyarakat yang sering menjadi fokus dasar kerajaan ialah golongan B40 dan…
Cara Buat Pembelian & Senarai Kemaskini Barang Yang Boleh Dibeli Dengan Bantuan SARA 2025

Cara Buat Pembelian & Senarai Kemaskini Barang Yang Boleh Dibeli Dengan Bantuan SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus kumpulan isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Mereka ini terdiri daripada masyarakat yang gigih…