Dari RM100 sampai RM1,000: Ini senarai Bantuan Kerajaan yang boleh dimohon pada bulan Julai 2022

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan selaras dengan pelaksanaan Belanjawan 2022.

Antara bantuan-bantuan yang boleh dimohon adalah seperti berikut:

Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

BKK melibatkan bantuan kewangan bulanan sebanyak RM150 hingga RM1,000 untuk keluarga/penjaga kanak-kanak. Ia terbuka kepada keluarga/penjaga yang menjaga kanak-kanak dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM1,169. Permohonannya boleh dikemukakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.

Bantuan Warga Emas (BWE)

BWE melibatkan bantuan kewangan sebanyak RM350/sebulan kepada warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan pendapatan bulanan isi rumahnya kurang daripada RM1,169. Ia bertujuan untuk membantu warga emas meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Bantuan Am

Bantuan Am adalah bantuan kewangan dari JKM yang melibatkan sumbangan bulanan sebanyak RM100 sebulan seorang; maksimum RM350 sebulan sekeluarga. Ia bertujuan untuk membantu sedikit sebanyak perbelanjaan harian individu atau keluarga dalam menjalani kehidupan seharian.

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

EPOKU pula merupakan bantuan kewangan bulanan kepada warganegara Malaysia pemegang OKU JKM yang pendapatan bulannya kurang daripada RM1,500/sebulan. Jumlah elaun yang diperuntukkan adalah sebanyak RM450 sebulan.

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

Berbeza dengan EPOKU, BTB ialah bantuan kepada OKU yang tidak berupaya bekerja dan mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga. Jumlahnya sebanyak Bantuan RM300 sebulan.

Pakej Perjalanan My50

My50 ialah pas perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk Rapid KL LRT, MRT, Monorail, BRT, bas Rapid KL dan bas perantara MRT di Lembah Klang. Manakala, untuk Pulau Pinang – Pas My50 Mutiara menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua warganegara yang menggunakan servis bas Rapid Penang.

Permohonan pakej ini boleh dibuat sehingga 31 Disember 2022 dan pembeliannya boleh dibuat di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL.

Untuk maklumat lanjut dan cara memoho bagi setiap inisiatif-inisiatif ini, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi Bajet 2022 – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pada ketika ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…