Bantuan Kewangan

Senarai Bantuan Kewangan RM100 hingga RM1,000 yang akan dibayar pada bulan Januari 2023

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui pelbagai jenis bantuan merangkumi pelbagai penerima berdasarkan kelayakan masing-masing.

Berikut adalah senarai bantuan yang akan dibayar pada bulan Januari 2023 ini: –

Bantuan Tunai Rakyat (BTR)

Seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat – pihak Kerajaan telah bersetuju mempercepatkan pembayaran bantuan Fasa 1 bantuan ini pada bulan Januari 2023.

Bantuan ini akan melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM300 bagi isi rumah dan RM100 bagi kategori bujang yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bagi membantu dan meringankan beban ibu bapa dalam persiapan anak-anak kembali ke sekolah. Pihak Kerajaan akan memberikan bantuan kewangan BAP sebanyak RM150 kepada semua murid, tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

Tarikh mula bantuan ini disalurkan adalah pada 12 Januari 2023, seperti mana yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysi (KPM).

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bantuan Khas Tunai RM1,000

Bagi membantu dan meringankan beban mangsa banjir, pihak Kerajaan Negeri Terengganu telah memperkenalkan Bantuan Khas Tunai sebanyak RM1,000 dan RM10,000.

Bantuan RM1,000 diberikan kepada Ketua Isi Rumah yang terlibat banjir, manakala RM10,000 pula kepada keluarga yang kematian ahli keluarga akibat banjir di negeri berkenaan.

Baca juga:

Bantuan Zakat RM600 secara ‘one-off’

Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperkenalkan Bantuan Zakat Selangor Peduli sebanyak RM600 secara ‘one-off’ kepada mereka yang terjejas akibat banjir di negeri berkenaan.

Permohonan bantuan zakat ini dibuka sehingga 31 Januari 2023 dan boleh dimohon secara atas talian (online) melalui Portal Khas Bantuan Bencana LZS.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…