Senarai bantuan

Senarai bantuan kewangan RM100 – RM1,000 yang dibayar mulai 1 hingga 10 Februari 2023

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui bantuan-bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan dan berkelayakan.

Bantuan-bantuan bulanan dari jabatan itu akan dibayar bermula pada tarikh 1 hingga 10 hari bulan setiap bulan. Ini adalah senarai lanjut berkenaan bantuan-bantuan bulanan JKM:-

Bantuan Am Persekutuan dan Negeri

Bantuan Am Persekutuan melibatkan kadar sebanyak RM100 hingga RM350 sebulan. Manakala, kadar Bantuan Am Negeri pula berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing.

Bantuan Kanak-Kanak

Bantuan Kanak-Kanak atau BKK adalah bantuan kewangan bagi membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Jumlah bantuan yang ditetapkan sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan.

Bantuan Anak Pelihara

Bantuan ini pula diperkenalkan bagi membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.

Kadar bantuannya sebanyak RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bantuan Warga Emas (BWE)

Bagi membantu golongan warga emas yang memerlukan, pihak JKM ada memperkenalkan bantuan kewangan sebanyak RM500 setiap bulan kepada golongan berkenaan. Bantuan BWE diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

EPOKU adalah sebuah insentif ini diberikan bagi menggalakkan golongan OKU untuk terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif. Kadar elaun ini adalah sebanyak RM450 setiap bulan.

Cara Memohon

Bagi mereka yang memerlukan dan ingin membuat permohonan, syarat-syarat kelayakan boleh dirujuk di portal rasmi JKM.

Permohonan pula boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini sila rujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan e-Tunai BINGKAS sebanyak RM300 setiap bulan: Syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Sumbangan e-Tunai BINGKAS sebanyak RM300 setiap bulan: Syarat-syarat kelayakan & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Selain STR Fasa 2, bantuan tambahan STR RM100 juga dikreditkan bulan ini: Ini senarai penerimanya

Selain STR Fasa 2, bantuan tambahan STR RM100 juga dikreditkan bulan ini: Ini senarai penerimanya

str Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Jawatan kosong Perbadanan Aset Keretapi (RAC) sesi April 2024: Gaji RM1,498 - RM5,678

Jawatan kosong Perbadanan Aset Keretapi (RAC) sesi April 2024: Gaji RM1,498 - RM5,678

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Aset Keretapi (RAC) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi…