Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Ia termasuklah melalui Program i-Sejahtera yang memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan kepada mereka berkelayakan.
Berikut adalah senarai bantuan-bantuan kewangan yang akan disalurkan di bawah i-Sejahtera:-
Senarai Bantuan i-Sejahtera
- Program Penghargaan Warga Emas: RM200
- Program Bantuan Ibu Tunggal: RM100
- Program Suri Emas: RM100
- Program Bantuan OKU: RM200
Pembayaran bantuan kewangan ini akan dilaksanakan setahun sekali kepada mereka yang diluluskan permohonannya.
Syarat-syarat Kelayakan
- Program Penghargaan Warga Emas
- Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar;
- Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
- Program Bantuan Ibu Tunggal
- Warganegara Malaysia;
- Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang;
- Bercerai atau kematian suami;
- Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar;
- Tidak berkahwin semula;
- Mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak.
- Program Suri Emas
- Warganegara Malaysia;
- Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang;
- Pemohon merupakan suri rumah dan tiada pendapatan tetap;
- Wanita masih berumahtangga;
- Pemohon mestilah berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.
- Program Bantuan OKU
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di Negeri Pulau Pinang;
- Pemohon mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Baca juga:
- Pendapatan bulanan RM5,000 & ke bawah: Ini cara memohon Bantuan IKPP RM250 ‘one-off’
- Bantuan Khas Kewangan RM1,500 dibayar pada bulan Januari depan: Berikut penerima yang layak
Cara Memohon
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan-bantuan di bawah i-Sejahtera boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di Portal Rasmi i-Sejahtera.
Kepada yang diluluskan permohonannya, pembayaran akan dilakukan secara berperingkat.
Bagi membolehkan pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon mestilah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun pada setiap tahun.
Manakala, pendaftaran yang disahkan selepas tarikh 30 Jun akan menerima bayaran sumbangan pada tahun berikutnya.
Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di portal rasminya – DI SINI.