Senarai bantuan yang akan dilaksanakan pada tahun 2022 untuk golongan B40 & M40

Seperti mana yang semua sedia maklum, tahun 2021 nampaknya akan berakhir tidak lama lagi, dan berganti kepada 2022 yang semestinya diharapkan bertambah baik dari sebelumnya.

Dalam masa sama, pihak kerajaan turut memperkenalkan pelbagai jenis bantuan pada tahun hadapan, khususnya bagi membantu mereka yang memerlukan – sama ada dari kalangan B40 dan M40. Berikut adalah senarainya: –

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM adalah sebuah bantuan tunai langsung secara bersasar yang diberikan kepada golongan Miskin, B40 dan M40 mengikut ketetapan masing-masing. Ini adalah jumlah banyaran bantuan:

  • Isi rumah (<RM2,500): RM1,000 – RM2,000
  • Isi rumah (RM2,501 – RM5,000): RM400 – RM800
  • Ibu/Bapa Tunggal (<RM5,000): RM500 tambahan
  • Warga Emas (<RM5,000): RM300 tambahan
  • Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (<RM5,000): RM600
  • Bujang (<RM2,500): RM350

 

Bantuan e-dompet RM150

Bagi meringankan beban kewangan dan menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai, pihak kerajaan telah memperkenalkan bantuan e-dompet yang dikenali sebagai eStart.

Melalui bantuan ini, belia yang berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi akan menerima RM150 yang akan dikreditkan secara sekali bayar ke dalam akaun e-dompet para belia.

Bantuan Awal Persekolahan RM150

Untuk meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah, pihak kerajaan memperkenalkan Bantuan Awal Persekolah bernilai RM150 kepada setiap pelajar yang layak. Bayaran ini juga akan diberikan secara sekali bayar atau ‘one-off’.

Skim Jaminan Kredit Perumahan

Bagi menyediakan akses pembiayaan membeli rumah kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan, kerajaan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan.

Skim ini akan dimanfaatkan oleh mereka dari kalangan pekerja gig, pengusaha kecil dan petani yang sukar membeli rumah kerana tiada pendapatan tetap.

Diskaun bayaran PTPTN

Bagi menggalakkan pembayaran dan membantu para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), pihak kerajaan memberikan diskaun bayaran balik pinjaman bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

  • Diskaun 15% – Pembayaran penuh baki hutang pinjaman;
  • Diskaun 12% – Membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran;
  • Diskaun 10% – Membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

 

Untuk pelbagai lagi maklumat berkenaan bantuan dan inisiatif pada tahun 2022, ia boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA): Senarai penuh penerima RM1,200

Tarikh bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA): Senarai penuh penerima RM1,200

Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan kesejahteraan rakyat, terutama golongan yang memerlukan, melalui pelbagai inisiatif bantuan. Dari bantuan kewangan untuk keluarga…
Jawatan Kosong Besar-Besaran di RTM, ambilan Oktober 2024: Gaji RM1,549 hingga RM9,643

Jawatan Kosong Besar-Besaran di RTM, ambilan Oktober 2024: Gaji RM1,549 hingga RM9,643

Pada ketika ini, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawartan kosong yang dibuka. Pengambilan…
Pengambilan banyak jawatan kosong TNB Research: Minima Diploma, ambilan Oktober 2024

Pengambilan banyak jawatan kosong TNB Research: Minima Diploma, ambilan Oktober 2024

Pada ketika ini, TNB Research Sdn Bhd sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawartan kosong yang dibuka. Pengambilan…