bantuan am

Senarai mereka yang boleh memohon Bantuan Am Kerajaan RM100 – RM350: Dibayar setiap bulan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Ia diberikan khusus kepada mereka dari kalangan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40).

Antaranya adalah Bantuan Am Persekutuan yang diperkenalkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan yang memerlukan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini: –

Bantuan Am Persekutuan

Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Bantuan Am Persekutuan yang dikendalikan oleh JKM. Bantuan ini pada asasnya melibatkan kadar bantuan sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga setiap bulan.

Bantuan Am Persekutuan diberikan kepada individu atau keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan bertujuan untuk  meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Syarat-syarat Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan Bantuan Am Persekutuan adalah seperti berikut:

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

Cara Memohon

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan Bantuan Am Persekutuan ini boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat dalam Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan). Ini kerana, bantuan ini hanya terbuka untuk mereka yang bermastautin di Wilayah Persekutuan.

Untuk memudahkan urusan permohonan, pemohon hendaklah membawa dokumen-dokumen berikut ketika mengemukakan permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada);
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Belanjawan 2024 – DI SINI.

Dalam masa sama, setiap negeri juga mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.

Selain itu, pelbagai lagi bantuan turut diperkenalkan di bawah JKM, antaranya seperti Bantuan Kanak-Kanak (BKK). Bantuan ini diberikan kepada keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga bertujuan untuk terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Kadar BKK ialah minimum RM150 sebulan seorang sehingga maksimum RM1,000 sebulan sekeluarga mengikut pecahan berikut:

  • RM200: 6 tahun dan ke bawah
  • RM150: 7 tahun hingga 18 tahun
  • RM1,000: Maksimum untuk keluarga

 

Manakala, bagi Orang Kurang Upaya pula, JKM telah memperkenalkan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) dan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB). EPOKU diberikan pada kadar RM450 sebulan bagi menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

Bagi BTB pula, ia diberikan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dengan tujuan untuk membantu golongan tersebut untuk kesinambungan hidup serta menggalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga. Kadar BTB yang ditetapkan adalah sebanyak RM300 sebulan.

Permohonan bantuan-bantuan ini boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara  oleh mereka yang menepati syarat-syaarat kelayakan yang ditetapkan.

Maklumat legih lengkap berkenaan bantuan-bantuan JKM di bawah Belanjawan 2024 boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Institut Kerajaan – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

Warga emas merupakan golongan istimewa dalam masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang kepada pembinaan negara sejak zaman muda, malah menjadi…
E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

Setiap hari, kita semua bergantung kepada keperluan asas untuk meneruskan kehidupan – makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, dan pendidikan. Namun…