Bantuan BKK

Senarai mereka yang layak menerima Bantuan Kerajaan BKK RM1,500 dibayar pada bulan ini

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah melalui Bantuan Khas Kewangan (BKK) oleh pihak Kerajaan-Kerajaan Negeri Malaysia dengan jumlah-jumlah yang telah diluluskan.

Hal itu jugalah yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kedah melalui Bajet 2023 negeri berkenaan yang diumumkan oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Oktober lalu.

Kadar BKK & Penerima

Kadar BKK yang diluluskan oleh pihak Kerajaan Negeri Kedah adalah sebanyak RM1,500. Bantuan ini diberikan kepada semua kakitangan awam dan anggota pentadbiran negeri berkenaan sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.

“Kerajaan negeri amat berterima kasih atas dedikasi dan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi kakitangan awam negeri dalam melaksanakan dasar, program, projek yang dirancang oleh kerajaan demi membangunkan negeri ini,” katanya ketika membentangkan Bajet Kedah 2023 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Bantuan khas ini melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM8 juta dan akan disalurkan kepada setiap penerima pada bulan Disember 2022.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk menaikkan gaji sebanyak RM100 secara ‘one-off’ kepada setiap guru lantikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEIK).

Sumber: Astro Awani & Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…