Senarai mereka yang layak menerima bayaran tambahan BKM dari RM300 hingga RM500

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah bantuan kewangan bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Diumumkan di bawah Bajet 2022, BKM pada asasnya merupakan kesinambungan bantuan kewangan yang diperkenalkan sebelum itu iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada 2021. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenai BKM: –

Syarat-syarat Kelayakan

BKM diberikan kepada golongan B40 dan M40, merangkumi kategori Isi Rumah, Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan dan Bujang. Berikut adalah syarat-syarat kelayakannya:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Kadar Bayaran BKM

Pembayaran BKM adalah berjumlah dari RM350 sehingga RM2,000 mengikut ketetapan khusus setiap kategori penerima. Jumlahnya adalah seperti berikut:

Manakala, pembayaran tambahan BKM juga diberikan kepada penerima isi rumah berikut:

  • Tambahan RM500: Penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  • Tambahan RM300: Penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas.

Semak Status Permohonan

Bagi yang telah membuat permohonan baru atau kemaskini permohonan, semakan status permohonan BKM boleh dibuat secara atas talian (online) di portal rasmi BKM. Ia boleh dilaksanakan dengan tatacara berikut:

  • Layari portal rasmi BKM – DI SINI;
  • Klik pada butang ‘Log Masuk BKM’;
  • Log masuk dengan mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan;
  • Klik pada butang ‘Semakan Status’.
  • Status BKM akan dinyatakan.

 

Untuk pelbagai lagi maklumat terperinci dan lengkap berkenaan BKM, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Di Malaysia, golongan pendapatan sering dikategorikan kepada B40, M40, dan T20. Istilah ini digunakan untuk merancang dasar ekonomi dan bantuan…
Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

Bersara merupakan satu fasa kehidupan yang dinantikan oleh kebanyakan individu setelah bertahun-tahun bekerja. Namun, kehidupan selepas bersara bukan sekadar berehat…