penerima

Senarai penerima Bantuan Khas RM1,000 dibayar bulan ini: Berikut cara pembayarannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewanga (BKK).

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan yang diperkenalkan: –

Bantuan Khas Kewangan RM1,000

Pada bulan November 2023 lalu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Bantuan khas ini akan diberikan kepada semua kakitangan awam negeri berkenaan dengan implikasi kewangan berjumlah hampir RM6.046 juta.

“Kerajaan negeri amat bertuah kerana memiliki barisan penjawat awam yang berdedikasi, berintegriti dan komited untuk memastikan dasar kerajaan negeri dilaksanakan secara berkesan,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow ketika membentangkan Belanjawan 2024 Pulau Pinang.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat pada bulan Disember 2023 dengan kaedah secara kredit terus ke akaun penerima yang layak.

Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri turut bersetuju untuk memberikan RM300 seorang kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, guru Sekolah Menengah Agama Rakyat dan guru serta staf Sekolah Persendirian Cina.

Jumlah sama turut akan disalurkan kepada guru tahfiz, guru pondok dan guru tadika Islam negeri.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

“Semua bayaran bantuan khas yang keseluruhannya berjumlah lebih 7.051 juta ini akan dibuat pada bulan depan,” kata Chow Kon Yeow.

ARTIKEL BERKAITAN

RM150 -RM650 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 2: Ini Senarai Penerima & Tarikh Bayaran

RM150 -RM650 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 2: Ini Senarai Penerima & Tarikh Bayaran

Dalam landskap ekonomi Malaysia, istilah B40 dan M40 sering digunakan untuk merujuk kepada dua kumpulan pendapatan utama dalam masyarakat. B40,…
Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Bantuan RM1,000 Dibayar 'One-Off' Kepada Penerima: Diberikan Automatik, Tanpa Perlu Memohon

Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dinanti-nantikan, termasuk di Malaysia. Ia bukan sahaja menandakan berakhirnya bulan Ramadan, tetapi juga menjadi…
Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Bantuan Tunai RM1,000 Dikreditkan Hari Ini (19 Mac 2025): Dibayar Secara Automatik Kepada Penerima

Hari Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan di seluruh dunia. Ia bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga simbol…