Diperkenalkan sejak 2009: Ini senarai penerima & cara memohon Bantuan SMUE RM100 & RM500

Dalam membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis Bantuan Kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya termasuklah bantuan kewangan di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang dikenali sebagai Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada yang berkelayakan. Berikut adalah maklumat berkenaan bantuan kewangan ini:

Jenis-jenis Bantuan

Terdapat dua jenis bantuan utama di bawah SMUE, iaitu:

  1. Baucar Beli-Belah RM 100 (Manfaat Semasa Hidup)
    • Ahli akan menerima baucar beli-belah RM 100 di pasaraya terpilih pada bulan kelahiran mereka. Penyerahan manfaat akan dibuat melalui pejabat Pusat Khidmat DUN;
    • Ahli dikehendaki untuk memastikan maklumat seperti nombor telefon sentiasa dikemaskini bagi mengelakkan ahli terlepas pemakluman.
  2. Khairat Kematian RM500 (Manfaat Selepas Kematian)
    • Jumlah manfaat yang diterima adalah RM500;
    • Tuntutan khairat kematian SMUE hanya boleh dibuat sekiranya simati dan nama pewaris telah didaftarkan di bawah SMUE sahaja;
    • Pembayaran akan dibuat samada dalam bentuk tunai/cek oleh Pusat Khidmat DUN atau pindahan wang terus ke akaun pewaris;
    • Sekiranya nama simati belum didaftarkan, maka pewaris perlu membuat permohonan SMUE terlebih dahulu dalam tempoh 6 bulan dari tarikh simati meninggal dunia.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 60 tahun dan ke atas;
  • Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
  • Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;
  • Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja);
  • Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, pendaftaran permohonan baru boleh dilaksanakan secara atas talian di Sistem SMUE.

Bagi permohonan atas talian borang permohonan perlu dicetak setelah mengisi maklumat permohonan. Permohonan secara atas talian juga perlu mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh 14 hari setelah permohonan dibuat.

Maklumat lengkap serta terperinci berkenaan bantuan ini, sila rujuk di portal rasmi SMUE – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…