Dalam konteks ekonomi Malaysia, istilah B40 dan M40 sering digunakan untuk merujuk kepada kumpulan pendapatan isi rumah. Pembahagian ini bukan sekadar angka, tetapi mencerminkan realiti kehidupan rakyat serta tahap kesejahteraan ekonomi mereka.
B40, atau Bottom 40%, merujuk kepada 40% isi rumah dengan pendapatan terendah di negara ini. Golongan ini sering berhadapan dengan cabaran kewangan, kos sara hidup yang tinggi, serta keperluan bantuan kerajaan dalam bentuk subsidi, bantuan kewangan, dan inisiatif sosial. Mereka mungkin terdiri daripada pekerja bergaji rendah, peniaga kecil, atau mereka yang masih mencari pekerjaan tetap.
Sementara itu, M40, atau Middle 40%, mewakili kumpulan pertengahan yang mempunyai pendapatan lebih stabil, tetapi masih terkesan dengan perubahan ekonomi, cukai, dan kenaikan harga barang. Walaupun mereka mempunyai daya beli yang lebih baik berbanding B40, golongan ini masih perlu merancang kewangan dengan bijak agar tidak terperangkap dalam masalah kewangan apabila menghadapi kecemasan atau ketidaktentuan ekonomi.
Memahami pembahagian kumpulan pendapatan ini penting dalam memastikan dasar kerajaan dapat dirangka dengan lebih berkesan, terutama dalam aspek bantuan kewangan, insentif cukai, serta sokongan ekonomi yang bersasar. Selain itu, ia juga membantu individu untuk mengenal pasti di mana kedudukan mereka dalam struktur ekonomi negara dan bagaimana mereka boleh merancang kewangan dengan lebih baik untuk masa depan.
Dalam masa sama, pihak Kerajaan turut memperkenalkan bantuan khusus kepada golongan B40 dan M40. Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah program bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Dengan hikmah penyasaran semula subsidi, ia telah membolehkan pihak Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai
kepada rakyat melalui STR 2025 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Bagi tahun ini, kelayakan syarat-syarat STR ditetapkan seperti berikut:
Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Jumlah Bayaran STR 2025
Bagi tahun 2025, jumlah bayaran keseluruhan STR ditetapkan dari RM600 hingga RM2,500. Berikut adalah maklumat lengkap jumlah bayaran STR 2025 bagi setiap kategori:
- Isi Rumah (≤ RM2,500)
- Anak 5 orang ke atas: RM2,500
- Anak 3 – 4 orang: RM2,000
- Anak 1 – 2 orang: RM1,500
- Anak 0: RM1,000
- Isi Rumah (RM2,501 – RM5,000)
- Anak 5 orang ke atas: RM1,250
- Anak 3 – 4 orang: RM1,000
- Anak 1 – 2 orang: RM750
- Anak 0: RM500
- Warga Emas Tiada Pasangan (≤ RM5,000)
- Jumlah STR: RM600
- Bujang (≤ RM2,500)
- Jumlah STR: RM600
Bagi pembayaran STR Fasa 1, ia telah pun mula dikreditkan kepada yang layak pada 22 Januari 2025 lalu. Akan tetapi, jumlah bayaran dan tarikh pembayaran STR Fasa 2 – masih belum dimaklumkan secara rasmi dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Pembayaran STR
Pembayaran STR dibuat dengan dua kaedah utama iaitu:
- Kredit ke Akaun Bank: Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Pengambilan Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN): Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tiada maklumat akaun bank atau status pengkreditan gagal kredit.
Semakan kelulusan STR pula boleh dibuat dengan tatacara berikut:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Untuk info lanjut dan lengkap tentang Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.