pengeluaran kwsp

Senarai pengeluaran KWSP dari Akaun 1 & Akaun 2: Syarat-syarat & cara memohon

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan.

Pihak Kerajaan juga telah membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui pelbagai program seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.

Akan tetapi, sebenarnya terdapat beberapa lagi perkara yang membenarkan pengeluaran sebahagian simpanan KWSP dari Akaun 1 dan Akaun 2. Ini adalah senarainya: –

Pengeluaran KWSP Akaun 1 & Akaun 2

Mencapai usia 55 tahun & 60 tahun

Apabila mencapai usia 55 tahun, caruman dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Ahli boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan mereka dari akaun ini pada bila-bila masa.

Jika ahli terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas dan hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

Meninggalkan negara

Bagi ahli yang melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan mereka untuk berhijrah ke negara lain/ekspatriat/penduduk tetap (PR)/pekerja asing yang kembali ke negara asal, mereka boleh membuat pengeluaran penuh simpanan dari Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP.

Hilang upaya

Jika ahli KWSP mengalami hilang upaya fizikal atau mental sehingga menghalang mereka untuk bekerja. Mereka boleh membuat pengeluaran dari Akaun 1 dan Akaun 2. Pihak KWSP juga akan memberikan RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.

Meninggal dunia

Jika ahli meninggal dunia, simpanan mereka di KWSP boleh dituntut oleh waris mereka yang sah. Makanya, KWSP menggalakkan ahli untuk membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan.

Cara Memohon

Bagi mereka yang hendak membuat pengeluaran penuh berdasarkan syarat-syarat yang dibenarkan, permohonan boleh dibuat di cawangan-cawangan KWSP seluruh negara.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lengkap berkenaan perkara ini boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…