pengeluaran penuh

Senarai pengeluaran penuh KWSP dari Akaun 1 & Akaun 2: Berikut syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Bantuan-bantuan ini adalah merupakan usaha Kerajaan bagi meringankan beban mereka yang memerlukan. Selain itu, pelbagai inisiatif dan program juga telah diperkenalkan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti i-Citra, i-Sinar, i-Lestari dan sebagainya.

Dalam masa sama, terdapat juga pelbagai perkara dan faktor yang membolehkaan pengeluaran penuh KWSP dari Akaun 1 dan Akaun 2. Berikut adalah maklumat tentangnya: –

Pengeluaran Penuh KWSP dari Akaun 1 & Akaun

Mencapai umur 55 tahun dan 60 tahun

Apabila ahli mencapai umur 55 tahun, caruman dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Ahli boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan mereka dari akaun ini pada bila-bila masa. Jika ahli terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dimasukkan ke dalam Akaun Emas dan hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.

Meninggalkan Negara

Sekiranya ahli memilih untuk meninggalkan negara dengan melepas atau melucutkan warganegara mereka untuk berhijrah ke negara lain/ekspatriat/penduduk tetap (PR)/pekerja asing yang kembali ke negara asal, mereka boleh membuat pengeluaran penuh simpanan dari Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP.

Meninggal Dunia

Bagi ahli yang meninggal dunia, waris boleh membuat pengelauaran semua simpanan KWSP mereka. Oleh itu, pihak KWSP sangat menggalakkan ahli untuk membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan.

Hilang Upaya

Jika ahli mengalami hilang upaya secara mental atau fizikal sehingga menghalang mereka dari bekerja, KWSP membenarkan pengeluaran penuh dari Akaun 1 dan Akaun 2. Selain itu, KWSP juga akan memberi sumbangan RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.

Cara Memohon

Bagi mereka yang hendak membuat pengeluaran penuh berdasarkan syarat-syarat yang dibenarkan, permohonan boleh dibuat di cawangan-cawangan KWSP seluruh negara.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lengkap berkenaan perkara ini boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

KWSP adalah dana simpanan persaraan terkemuka Malaysia yang bertindak dengan tujuan untuk melindungi simpanan ahli dan membantu ahli mencapai masa depan yang lebih baik. Pada 2021, KWSP memulakan langkah untuk beralih menjadi pelabur lestari dan menetapkan dua sasaran pelaburan lestari iaitu memiliki portfolio patuh persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) sepenuhnya menjelang 2030 dan portfolio neutral iklim menjelang 2050.

Antara polis utama KWSP adalah Polisi Pelaburan Lestari dengan pendekatan menyeluruh KWSP terhadap pelaburan lestari dan penggabungan faktor-faktor ESG ke dalam proses pelaburan dan libat urus bersama pihak berkepentingan. KWSP juga berpandangan Kesejahteraan Pekerja sebagai isu mustahak untuk ditangani, selaras dengan keutamaan global.

KWSP percaya isu Kesejahteraan Pekerja ini mempunyai potensi untuk memberi kesan yang signifikan kepada reputasi perniagaan dan prestasi Pelaburan KWSP. Oleh itu, KWSP menyedari keperluan ini dan komited untuk memainkan peranan dalam menangani isu-isu berkaitan Kesejahteraan Pekerja.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan 'one-off' RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Bantuan 'one-off' RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kebajikan rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan, sentiasa terpelihara. Melalui pelbagai inisiatif bantuan kebajikan, kerajaan menyediakan…
Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin mencabar, ramai di kalangan rakyat Malaysia merasa terhimpit dengan beban kewangan yang…
Jawatan Kosong FELCRA untuk lepasan SPM - Ijazah: Tarikh tutup permohonan 8 Oktober 2024

Jawatan Kosong FELCRA untuk lepasan SPM - Ijazah: Tarikh tutup permohonan 8 Oktober 2024

Pada ketika ini, Kolej FELCRA sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka…