Ini cara memohon & senarai pengeluaran wang yang boleh dibuat dari Akaun 2 KWSP

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Pusat atau Negeri.

Malah, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga telah membenarkan pelbagai jenis perkara yang memboleh para ahlinya membuat pengeluaran wang dari Akaun 2 masing-masing. Berikut adalah senarainya: –

Pembayaran Yuran & Pinjaman Pendidikan

Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran wang dari Akaun 2 bagi membayar yuran atau pinjaman pendidikan mereka. Pengeluaran juga boleh dibuat bagi tujuan pembayaran yuran hostel/penginapan dan penerbangan sehala untuk pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan/luar negara.

Pembelian Rumah

Bagi mereka yang ingin membeli rumah, ahli boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 sama ada pembelian dari pemaju, individu atau lelong. Rumah kediaman itu merangkumi  jenis banglo / teres / berkembar / apartmen / kondominium / apartmen studio / apartmen servis / townhouse / SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Pembayaran Bulanan Pinjaman Rumah

Bagi tujuan ini, ahli boleh membuat pengeluaran bagi mengurangkan ansuran bulanan untuk tempoh ansuran bulanan tidak boleh melebihi umur 55 tahun. Amaun pengeluaran daripada Akaun 2 itu akan diasingkan ke akaun khas bagi bayaran ansuran bulanan dan akan dibayar dividen yang dikreditkan ke Akaun 2 sebaik sahaja dividen diisytiharkan pada tahun berikutnya.

Membina Rumah

Untuk mereka yang ingin membina rumah, mereka boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 KWSP. Antara syarat utamanya adalah ahli merupakan warganegara Malaysia, berumur bawah 55 tahun, mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2 dan tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan.

Mengerjakan Haji

Pihak KWSP turut membenarkan pengeluaran wang dari akaun 2 bagi tujuan menunaikan haji untuk ahlinya yang beragama Islam. Syaratnya adalah perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun Lembaga Tabung Haji ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000 atau baki Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah).

Pengeluaran untuk perubatan

Ahli KWSP yang menghadapi masalah kesihatan boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan. Ia juga boleh dikeluarkan untuk tujuan rawatan kesuburan bagi asangan (suami/isteri) yang sah berkahwin dari segi undang-undang.

Untuk permohonan pengeluaran-pengeluaran ini, ia boleh dikemukakan secara atas talian (online) di sistem i-Akaun KWSP. Bagaimanapun, pemohon masih perlu perlu hadir ke kaunter untuk pengecaman cap ibu jari.

Bagi senarai lengkap berkenaan pengeluaran-pengeluaran KWSP dari Akaun 2 boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM500 dikreditkan setiap bulan kepada warga emas (60 tahun dan ke atas): Cara memohon

Bantuan RM500 dikreditkan setiap bulan kepada warga emas (60 tahun dan ke atas): Cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Pendapatan bawah RM10,959 layak terima Bantuan RM500: Cara buat permohonan

Pendapatan bawah RM10,959 layak terima Bantuan RM500: Cara buat permohonan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat  Persekutuan atau…
Pengambilan lebih 30 kekosongan di Kementerian Kerja Raya Malaysia: Gaji RM2,529 - RM9,643

Pengambilan lebih 30 kekosongan di Kementerian Kerja Raya Malaysia: Gaji RM2,529 - RM9,643

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…