Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, yang lazimnya berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,850. Dalam arus pembangunan negara yang pesat, golongan ini sering kali berdepan dengan pelbagai cabaran untuk meneruskan kehidupan yang stabil, terutama dalam aspek kewangan, kesihatan, pendidikan, dan perumahan.
Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, mereka terpaksa bergelut untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pendidikan anak-anak, serta rawatan kesihatan yang mencukupi.
Bagi golongan ini, setiap ringgit amat berharga. Ramai dalam kalangan mereka terpaksa bekerja lebih masa, melakukan dua hingga tiga pekerjaan, atau bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata untuk menampung keperluan keluarga.
Keperluan asas seperti makanan berkhasiat, pendidikan berkualiti dan perkhidmatan kesihatan menjadi suatu bentuk kemewahan yang sukar dicapai. Justeru, pelbagai bentuk sokongan dan dasar bantuan perlu dirangka dengan teliti agar benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan.
Selain bantuan tunai sdan program subsidi tertentu, inisiatif seperti perumahan mampu milik, pendidikan percuma, latihan kemahiran dan peluang pekerjaan berstruktur juga sangat penting untuk membantu golongan ini keluar daripada kitaran kemiskinan. Dalam jangka masa panjang, keupayaan untuk berdikari dan memperoleh pendapatan stabil adalah kunci utama kepada peningkatan taraf hidup golongan B40.
Malah, terdapat juga bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih. Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan berkenaan.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih
Di bawah Belanjawan 2025, pihak Kerajaan telah meneruskan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kerjasama Yayasan MyKasih.
SARA pada asasnya merupakan merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat dari kalangan B40 yang kini gelumang dengan kos sara hidup.
Syarat-syarat kelayakab SARA adalah seperti berikut:
- SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala.
- SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Kadar Bantuan SARA/MyKasih
Kadar pembayaran SARA adalah dari RM450 hingga RM2,100. Berikut adalah maklumat penerima SARA dan jumlah keseluruhannya:
- RM2,100 : Isi Rumah (Tiada had umur) – Penerima STR 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih
- RM1,650 : Warga Emas Tiada Pasangan – Penerima STR 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih
- RM600 : Bujang (21-59 tahun) – Penerima STR 2025 berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih
- RM900 : Isi Rumah (Tiada had umur) – Penerima STR 2025 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih
- RM450 : Warga Emas Tiada Pasangan – Penerima STR 2025 selain Miskin dan Miskin Tegar eKasih
Pembayaran bantuan ini pula dibuat secara bulanan dengan kadar antara RM50 hingga RM200 setiap bulan. Ia dikreditkan terus ke MyKad penerima.
Berikut adalah jadual pembayaran SARA 2025:
Semakan Kelayakan SARA
Bagi para penerima SARA, mereka boleh menggunakan MyKad masing-masing bagi membuat pembelian barangan keperluan harian di lebih lebih daripada 1,200 rakan niaga di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Barangan yang boleh dibeli dengan SARA adalah beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
Semakan kelayakan SARA boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal MyKasi dengan mengisi maklumat No Kad Pengenalan di ruang yang disediakan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Semakan juga boleh dilaksanakan di melalui sistem MySTR dengan cara berikut:
- Klik log masuk MySTR;
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
- Masukkan Kata Laluan;
- Klik Semakan Status;
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Bagi maklumat lengkap tentang SARA/MyKasih, sila rujuk di Portal Rasmi MyKasih – DI SINI.