penerima str

Senarai penuh Penerima STR Fasa 3 RM650 yang telah mula dikreditkan ke akaun

Kenaikan kos sara hidup adalah antara perkara yang menjadi perhatian utama Kerajaan pada masa kini. Prihatin dengan keadaan itu, pihak Kerajaan di bawah Belanjawan 2024 telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kepada mereka yang memerlukan khususnya mereka yang berpendapatan sederhana (M40) dan rendah (B40).

Antaranya adalah apabila pihak Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan tunai yang diperkenalkan itu: –

Sumbangam Tunai Rahmah atau STR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan tunai yang diberikan kepada rakyat negara ini khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Dengan pemberian bantuan ini, ia diharapkan dapat meringankan beban mereka dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Penerima bantuan ini merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang yang menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 21-59 tahun;
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

 

Akan tetapi, bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta. Mereka hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Kadar STR Fasa 3

Pembayaran STR dibuat sebanyak empat fasa pada tahun ini, dengan menyaksikan Fasa 1 dan Fasa 2 telah pun selesai dilaksanakan pada bulan Januari serta April lepas.

Berkenaan dengan Fasa 3 pula, ia telah pun mula dikreditkan ke akaun penerima secara berperingkat mulai 29 Ogos 2024 lalu. Kadar tertingginya sebanyak RM650 iaitu kepada isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah yang memiliki tanggungan 5 orang ke atas.

Berikut adalah maklumat lengkap berkenaan kadar pembayaran STR Fasa 3 bagi setiap kategori penerima:

  • Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM350
    • Bilangan anak 3 – 4: RM500
    • Bilangan anak 5 & ke atas:RM650
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM150
    • Bilangan anak 1 – 2: RM200
    • Bilangan anak 3 – 4: RM250
    • Bilangan anak 5 & ke atas: RM300
  • Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
    • STR Fasa 3: RM50
  • Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
    • STR Fasa 3: RM150

 

Di samping itu, ingin dimaklumkan juga kepada penerima (yang diluluskan STR 2024) yang tidak memiliki akaun bank atau ia berstatus tidak aktif. Mereka boleh membuat pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Semakan STR 2024

Pada tahun ini, permohonan STR dibuka sepanjang tahun dan permohonan baru boleh dibuat di Portal Rasmi STR melalui MySTR. Mereka yang boleh membuat permohonan baru adalah:

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

 

Bagi yang telah membuat permohonan, semakan status STR 2024 boleh dibuat di portal sama dengan tatacara berikut:

  • Klik log masuk MySTR;
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
  • Masukkan Kata Laluan;
  • Klik Semakan Status;
  • Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

 

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Banyak jawatan kosong Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT): Kelayakan SPM hingga Ijazah

Banyak jawatan kosong Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT): Kelayakan SPM hingga Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan…
Bantuan BMT RM800: Maklumat penerima, syarat-syarat & jadual rasmi pembayaran

Bantuan BMT RM800: Maklumat penerima, syarat-syarat & jadual rasmi pembayaran

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Semak Bantuan MyKad RM100 September 2024: Diberikan secara automatik, tidak perlu memohon

Semak Bantuan MyKad RM100 September 2024: Diberikan secara automatik, tidak perlu memohon

Keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat telah menjadi antara salah satu isu utama di kalangan rakyat Malaysia. Prihatin dengan…