sumbangan

Senarai penuh penerima Sumbangan Tunai RM900 – RM1,200: Tarikh pembayaran & cara semak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah bantuan-bantuan kewangan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 seperti mana yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan tunai yang diperkenalkan: –

Sumbangan Tunai Rahmah

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah bantuan tunai kepada rakyat Malaysia daripada kategori B40 dan M40 merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.

Untuk maklumat, pembayaran STR Fasa 1 hingga Fasa 3 telah pun selesai disalurkan kepada yang layak. Oleh itu, sekarang hanya berbaki Fasa 4 sahaja yang belum disalurkan kepada penerimanya.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

STR Fasa 4

Bagi pembayaran STR Fasa 4, berikut adalah maklumat pembayaran dan senarai penerimanya:

Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Bilangan anak 0: RM200
  • Bilangan anak 1 – 2: RM600
  • Bilangan anak 3 – 4: RM900
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,200

Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000

  • Bilangan anak 0: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 1 – 2: Tiada pembayaran
  • Bilangan anak 3 – 4: RM300
  • Bilangan anak 5 & ke atas: RM500

Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)

  • STR Fasa 4: RM200

Semak Kelulusan STR

Pembayaran STR akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima berkelayakan. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau berstatus tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Berdasarkan maklumat yang dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 4 akan dibuat pada bulan November 2023.

Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengikut keputusan terkini Kerajaan.

Bagi yang ingin membuat semakan kelulusan STR, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR dengan tatacara berikut:

  • Log masuk dengan isi No Kad Pengenalan;
  • Klik pada menu ‘Semak’;
  • Sahkan kata kunci keselamatan;
  • Klik ‘Ya’ jika kata kunci keselamatan benar;
  • Masukkan kata laluan;
  • Klik ‘Log Masuk’;
  • Klik menu ‘Semakan Kelulusan’.

 

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…