Ini senarai perkara-perkara yang membenarkan pengeluaran KWSP sebelum usia 55 tahun

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membolehkan ahli membuat pengeluaran simpanan mereka dari Akaun 2 sebelum berusia 55 tahun. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan pengeluaran-pengeluaran KWSP yang dibenarkan: –

Membeli & Membina Rumah

Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran simpanan Akaun 2 mereka bagi tujua membeli dan membina rumah. Rumah yang hendak dibeli itu merangkumi jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Membiayai Pendidikan Sendiri atau Anak-Anak

Ahli juga boleh membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka bagi urusan membiayai pendidikan sendiri atau anak-anak di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Menunaikan Haji

Bagi ahli yang beragama Islam yang ingin menunaikan Haji, pengeluaran boleh dilaksanakan sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) untuk perbelanjaan. Perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun LTH ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000 atau baki Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah).

Membayar Ansuran Bulanan Rumah

Sekiranya ahli terhimpit dengan keadaan kewangan tidak menentu, ahli boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 KWSP untuk membantu membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan anda selesai.

Pengeluaran Usia 50 Tahun

Ahli yang telah mencapai usia 50 tahun boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2  mereka untuk digunakan sebagai persediaan persaraan.

Bagi maklumat lebih lengkap lagi berkenaan pengeluaran-pengeluaran KWSP, ia boleh dirujuk di Portal Rasminya – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…
Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…