pengeluaran penuh

Senarai perkara yang membenarkan pengeluaran penuh KWSP dari Akaun 1 & Akaun 2

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah dengan memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.

Akan tetapi, sebenarkan terdapat sebuah lagi kemudahan sedia ada oleh KWSP iaitu pengeluaran sebahagian atau penuh simpanan mengikut syarat-syarat tertentu. Berikut adalah senarai perkara yang membenarkan pengeluaran penuh KWSP: –

Umur 55 tahun

Apabila pencarum mencapai usia 55 tahun, mereka secara rasminya memasuki usia persaraan dan mempunyi pilihan untuk menguruskan wang persaraan mereka. Caruman yang diterima ke dalam akaun 1 dan 2 juga akan digabungkan ke dalam Akaun 55.

Hal ini sekaligus membenarkan mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan daripada akaun ini pada bila-bila masa.

Umur 60 tahun

Sekiranya pencarum memilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila pencarum mencapai umur 60 tahun.

Pada usia ini, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan serta boleh dikeluarkan sama ada keseluruhan atau sebahagian pada bila-bila masa.

Pekerja Berpencen dan Pesara Pilihan

Dimaklumkan bahawa pekerja sektor awam boleh membuat pengeluaran sekali sahaja sebelum umur 55 tahun setelah diberikan taraf Pekerja Berpencen.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hilang Upaya

Sekiranya pencarum berhadapan dengan keadaan keupayaan fizikal atau mental yang terjejas sehingga menghalang mereka untuk bekerja. Mereka boleh membuat pengeluaran penuh KWSP, malah akan menerima RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.

Meninggalkan Negara

Pencarum yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia bagi berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, boleh membuat mengeluarkan kesemua simpanan di KWSP.

Meninggal Dunia

Sekiranya pencarum meninggal dunia, pengeluaran penuh boleh dibuat oleh waris. Oleh hal demikian, KWSP menggalakkan para pencarum untuk membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan simpanan KWSP tanpa sebarang kesulitan.

Untuk kaedah pengeluaran itu, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di i-Akaun KWSP melalui bahagian pengeluaran. Maklumat lengkap berkenaan perkara ini boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan untuk B40: Berikut cara memohon & menggunakannya

Bantuan e-Wallet RM300 setiap bulan untuk B40: Berikut cara memohon & menggunakannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Bantuan Kerajaan RM100 - RM1,000 setiap bulan yang ramai tak tahu: Ini cara memohonnya

Bantuan Kerajaan RM100 - RM1,000 setiap bulan yang ramai tak tahu: Ini cara memohonnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
MAIM buka banyak jawatan kosong dengan gaji sehingga RM9,552: Syarat-syarat & cara memohon

MAIM buka banyak jawatan kosong dengan gaji sehingga RM9,552: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi…