Jangan terlepas pandang: Ini senarai tarikh Bantuan-Bantuan Kerajaan untuk bulan Oktober 2022

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Pada bulan Oktober ini, terdapat pelbagai juga bantuan yang terlibat sama dan ini adalah senarainya:

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

BMT merupakan bantuan kewangan sebanyak RM600 dari RISDA yang dibayar sebanyak dua fasa (RM300 setiap fasa) pada bulan November dan Disember 2022.

Permohonan BMT bagi tahun ini telah ditutup pada 15 September lalu. Akan tetapi, permohonan rayuan telah dibuka bermula pada 16 September sehingga 31 Oktober 2022.

PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Inisiatif di bawah Belanjawan 2022 ini melibatkan pemberian peranti (tablet) kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.

Permohonannya dibuka sehingga 30 September 2022, manakala semakan kelulusan boleh dibuat bermula pada 29 Ogos 2022. Proses kelulusan bagaimanapun akan dibuat secara berperingkat dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Biasiswa IPT YP Tahun 2022

Pernohonan biasiswa ini telah dibuka mulai 15 September lalu dan bakal ditutup pada 5 Oktober 2022. Biasiswa ini melibatkan bantuan kewangan sara hidup sebanyak RM3,000 setahun.

Ia juga diberikan kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan dari kalangan B40 dan M40. Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi Yayasan Pahang.

Bantuan IKPP RM250

Insentif Khas Pasangan Pengantin atau IKPP adalah sebuah sumbangan kewangan sebanyak RM250 untuk pasangan pengantin yang lelakinya berpendapatan RM5,000 dan ke bawah serta tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang ditentukan.

Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…