Ini senarai tarikh-tarikh penting bantuan kerajaan untuk bulan April 2022 yang kita perlu tahu

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pembayaran Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diawalkan kepada 18 April 2022 oleh pihak kerajaan. Akan tetapi, sebenarnya terdapat beberapa lagi bantuan kerajaan yang akan dibayar pada bulan April 2022, antaranya adalah: –

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,200

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,200 akan disalurkan pada 20 April 2022 kepada sekitar 8,000 penerima. Bantuan ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pahang dan diberikan khusus kepada para penjawat awam di negeri berkenaan dengan peruntukan sebanyak RM9.6 juta.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bantuan i-Fitri RM250 – RM400

Bantuan i-Fitri adalah sebuah bantuan sempena Hari Raya Aidilfitri dari Kerajaan Negeri Terengganu yang diberikan kepada golongan B40 dan M40 berkelayakan. Bantuan ini terbahagi kepada dua jumlah iaitu RM250 dan RM400:

  • RM250: Pendapatan isi rumah kurang dari RM2,500 sebulan.
  • RM400: Pendapatan isi rumah antara RM2,501 hingga RM5,000 sebulan.

 

Pembayaran bantuan ini bermula dari 17 April 2022 yang disalurkan kepada seramai 148,700 ketua isi rumah.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Minima RM1,000

Kerajaan Negeri Johor telah memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 sebanyak setengah bulan gaji atau minima RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri tersebut. Bantuan khas itu turut disalurkan kepada kakitangan awam di bawah Skim ‘Contract Of Service’, ‘Contract For Service’, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan bawah MySTEP.

Bantuan RM1,000 pada 25 April 2022

Kerajaan Negeri Perak turut memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfiti kepada setiap penjawat awamnya sebanyak RM1,000 seorang. Bantuan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM7.9 juta ini akan disalurkan kepada yang berkelayakan pada 25 April 2022, Isnin.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…
Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…