Ini senarai tarikh – tarikh penting Bantuan Kerajaan untuk bulan Mei 2022 yang perlu kita perlu tahu

Pada bulan April 2022, pelbagai jenis bantuan telah disalurkan kepada yang layak bersempena dengan kedatangan bulan mulia Ramadan.

Berganjak ke bulan Mei, pelbagai lagi bantuan terus disalurkan kepada rakyat sesuai dengan perancangan kerajaan melalui Bajet 2022 dan pengumuman-pengumuman lainnya. Berikut adalah senarai bantuan-bantuan kerajaan dan tarikhnya bagi bulan Mei 2022: –

Bantuan RM150 e-Pemula

Program ePemula adalah inisiatif kerajaan di bawah Bajet 2022 yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan golongan belia selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.

Ia terbuka kepada para belia berumur 18 ke 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di peringkat Diploma atau SKM4 dan ke atas di institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian terlibat. Tempoh tuntutan kredit e-tunai sebanyak RM150 ini dibuka dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Bagi mereka yang permohonan BKM mereka yang ditolak, Rayuan BKM dibuka selama sebulan dari 02 Mei hingga 02 Jun 2022. Bagi prosedur rayuan, pemohon perlu mengenal pasti Kod Alasan Tidak Lulus dan mengemukakan Pembuktian Dokumen Sokongan yang perlu ke dalam sistem semasa permohonan rayuan secara dalam talian atau dikemukakan ke Cawangan LHDNM bagi permohonan Rayuan secara manual.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Permohonan Tablet Percuma

Bantuan Tablet Percuma atau dikenali sebagai PerantiSiswa 2022 ini diperkenalkan oleh Kerajaan selaras dengan pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat. Ia terbuka kepada para mahasiswa daripada keluarga B40 (pendapatan isi rumah RM4,850 dan ke bawah) yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan atau Ijazah Sarjana Muda. Permohonannya boleh dikemukakan di portal rasmi PERANTISISWA KKMM.

Bantuan BMT RISDA RM600

RISDA telah memperkenalkan sebuah bantuan kewangan sebanyak RM600 di bawah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Permohonan bagi tahun 2022 telah pun dibuka pada 05 Mei lalu sehingga tarikh tutup 15 September 2022.

Permohonan BMT boleh dikemukakan secara atas talian (online) di Portal Pekebun Kecil RISDA (DI SINI). Pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan secara dua fasa (RM300 setiap fasa) pada bulan November dan Disember 2022.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan besar-besaran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM): Mohon sekarang!

Pengambilan besar-besaran Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM): Mohon sekarang!

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawartan kosong yang dibuka.…
Jumlah bayaran STR Fasa 4 untuk isi rumah, warga emas & bujang: Dikreditkan terus ke akaun

Jumlah bayaran STR Fasa 4 untuk isi rumah, warga emas & bujang: Dikreditkan terus ke akaun

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan sama ada berbentuk tunai, e-dompet, geran, rumah…
Bantuan Bil Elektrik untuk rakyat Malaysia setiap bulan: Semak senarai penuh penerima

Bantuan Bil Elektrik untuk rakyat Malaysia setiap bulan: Semak senarai penuh penerima

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, kerajaan Malaysia sentiasa berusaha mencari jalan untuk meringankan beban rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah…