Ini senarai tarikh-tarikh penting Bantuan Kerajaan untuk bulan Julai 2022 yang kita perlu tahu

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan. Ia termasuklah bantuan-bantuan dan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan di bawah Belanjawan 2022 serta pelbagai lagi pengumuman-pengumuman lain.

Oleh itu, berikut merupakan antara bantuan-bantuan kerajaan bagi bulan Julai 2022:

Bantuan Kewangan JKM

Bagi mereka yang telah diluluskan permohonannya, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyalurkan bantuan bulanannya bagi bulan Julai 2022 dari 01 hingga 10 Julai 2022. Ia termasuklah bantuan-bantuan seperti BAP, BKK, BWE dan sebagainya. Untuk senarai penuh bantuan-bantuan terlibat, sila rujuk – DI SINI.

Bantuan IKS (BAIKS)

BAIKS adalah sebuah inisiatif Kerajaan bagi merangsang pertumbuhan industri kecil dan sederhana (IKS) di Sabah. Tujuan utama program ini adalah untuk membina kapasiti, daya tahan dan daya saing usahawan IKS di Sabah melalui bantuan dalam bentuk geran.

Antara jenis-jenis bantuan yang ditawarkan di bawah BAIKS adalah Mesin dan Peralatan, Pembungkusan, E-dagang / digital dan Francais.

Inisiatif SADE

Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah sebuah program penjajaran semula pemberian 20 meter padu air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah. Dimaklumkan bahawa pendaftaran SADE ini dibuka sepanjang tahun sehingga tahun 2024.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

BMT 2022 ialah sebuah bantuan kewangan sebanyak RM600 yang diperkenalkan oleh RISDA bagi mereka yang berkelayakan. Pembayaran BMT melibatkan dua fasa (RM300 setiap fasa) yang akan dilaksanakan pada bulan November dan Disember 2022.

Pembayaran BMT ini kepada mereka yang diluluskan permohonannya akan dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat. Maklumat lanjut berkenaan BMT, boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…
RM200 Dikreditkan Automatik Ke MyKad: Senarai Penuh Penerima & Cara Menggunakannya

RM200 Dikreditkan Automatik Ke MyKad: Senarai Penuh Penerima & Cara Menggunakannya

Di sebalik kemajuan ekonomi negara, masih terdapat sebahagian besar rakyat Malaysia yang berdepan dengan cabaran kewangan harian. Golongan ini dikenali…
Permohonan Bantuan YPJ RM200 - RM500 Telah Dibuka: Ini Cara Memohon & Syarat-Syaratnya

Permohonan Bantuan YPJ RM200 - RM500 Telah Dibuka: Ini Cara Memohon & Syarat-Syaratnya

Melangkah ke alam pengajian tinggi merupakan detik penting dalam kehidupan setiap pelajar. Selepas menamatkan persekolahan menengah dan berjaya memperoleh keputusan…