Harga rumah serendah RM35,000 seunit: Ini senarai yang layak & cara memohon Rumah PPR

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya adalah Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki di bawah Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Program Perumahan Rakyat adalah sebuah program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan PPR Dimiliki:

Ciri-ciri Rumah PPR Dimiliki

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah;
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan PPR Dimiliki boleh dilaksanakan secara atas talian (online) melalui Portal TEDUH, Jabatan Perumahan Negara.

Pemohon juga perlu melampirkan dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Perumahan Negara di sistem permohonan berkenaan.

Maklumat lengkap berkenaan PPR Dimiliki boleh dilihat DI SINI dan senarai projek boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…