Pendapatan bawah RM4,849/sebulan: Ini senarai yang layak menerima Bantuan YR RM5,400 setahun

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Itu temasuklah melalui Yayasan RISDA (YR) yang telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup Pelajar UCAM (BSHPU).

Bantuan Sara Hidup ini merupakan bantuan kewangan untuk menampung perbelanjaan makan / minum, pembelian buku dan lain-lain kepada anak-anak pekebun kecil, anak-anak warga kerja RISDA / Syarikat Milikan RISDA (SMR) / pesara RISDA yang melanjutkan pengajian mereka di University College Agroscience Malaysia (UCAM).

Jumlah bantuan ini adalah sebanyak RM450/sebulan atau RM5,400 setahun.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Anak kepada : Pekebun Kecil / staf RISDA / SMR / pesara RISDA;
  • Keutamaan diberikan kepada anak Pekebun Kecil;
  • Pendapatan isi rumah RM4,849 dan ke bawah sebulan;
  • Bebas dari kesalahan dan tindakan tatatertib.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Skim Bantuan Yayasan RISDA (pindaan 2022).

Borang yang lengkap seterusnya perlu dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen berikut:

  • Kad pengenalan pelajar;
  • Kad pengenalan ibu dan bapa / penjaga yang sah;
  • Sebarang dokumen pengesahan kelulusan tanam semula (Pekebun Kecil) atau Kad Pekerja/Pesara (warga RISDA/SMR/ Pesara);
  • Pengesahan pendapatan / penyata gaji yang telah disahkan;
  • Surat pengesahan pelajar UCAM.

 

Permohonan itu kemudiannya perlu dibuat melalui PT dan disahkan oleh Ketua Pusat Tanggungajawab RISDA (PRN / PRD / PRJ / PRB atau Pengarah Bahagian / KPE SMR).

Bagi maklumat lengkap dan borang permohonan BSHPU, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…